Saturday, August 1, 2009

hemagglutinin n neuraminidase

keadaan sekarang semakin gawat.
kolej saye tpkse ditutup seminggu gara2 influenza A yang semakin menular
semalam baru boleh balik rumah sebab kolej dipaksa tutup. tapi tuh bukan cuti free. mungkin akan diganti pada hujung sem.
setakat nih da 4 kematian yang dilaporkan di seluruh negara akibat H1N1.
dekat mane2 je nampak orang pakai 'topeng'. huhu. semalam mase umi jemput aku dari kolej pon umi suruh pakai topeng dalam kereta, takut aku ade virus tuh jugak, memandangkan kolej tuh da ade kes H1N1.

lpas balik dari kolej, umi trus bawak ke pusrawi (pusat rawatan islam) for swab test. sangat ramai orang menggu kat pusrawi, dan kesemuanya sebab kes demam! dan pesakit digalakkan memakai topeng. umi terus bawak aku masuk ke bilik khas yang digunakan untuk swab test, n umi gune 1 stik panjang, yang hujungnya ada cotton bud, (macam lidi korek telinga tuh, tapi panjang sket), n pastuh umi masukkan stik tuh dalam hidung aku, sampai stik tuh mencecah pangkal hidung aku, ntuk ambil sample fluid dari hidung. huwaaa. nak terbersin jeh.

alhamdulillah. influenza A negatif. antibody masih kuat. terima kasih ya Allah. memang aku sangat susah nak demam. 2tahun sekali baru demam. tapi salu saket mate. huhu.
untuk sume orang, anda digalakkan menjaga kebersihan dengan lebih teliti, n rajen2kan diri anda, selalu cuci tangan dengan sabun. pastikan kuku sentiasa pendek. amalkan 'social distancing'. ambil jarak dengan sesiapa saje, lebih2 lagi bagi mereka yang demam. dan, pastikan poket anda sentiasa ada tisu! jangan gune semula tisu yang da digune, oke? tayah berjimat cermat sekarangnih.

tapi, paling penting, kite same2 berdoa pada Allah, supaye virus nih xkan menular dengan serius lagi. semoga semua orang akan pulih seperti biasa. insyaAllah. anda digalakkan memakai topeng bile ke tempat yang crowded, ( e.g : PCFAIR KAT KLCC yang saye nak gi jap lagi). hehe. kene pakai topeng. xpe, bia orang tengok pelek, yang penting kesihatan terjaga. insyaAllah :)

kepada semua pelajar kmb, jage kesihatan anda. jangan terlalu rapat dengan mereka yang demam. amalkan pemakaian topeng, walaupon kat umah, n rajenkan diri basuh tangan selalu! bersin dan batuk pada tisu, n JANGAN GUNE SEMULA TISU TERSEBUT oke? ^_^ trus buang. insyaAllah, kte jumpe smula ahad depan. n insyaAllah, cutih nih berganti, akan diganti pada hujung sem, maybe...bak kata ustazah johaina. same2 kte doakan yang terbaik ntuk sume orang.

jage diri, jage hati, jage iman....


'setiap penyakit itu pastinya datang dengan ubat. mungkin masih belum diketahui cara rawatan dan penemuan, tapi, yang pasti, doa kepada Allah ialah yang terbaik. insyaAllah'
bagi mereka yang demam teruk, anda boleh ke hospital PUSRAWI (sebelah perpustakaan negara) untuk swab test, n, kalau test tuh positif, anda akan dibawa ke IMR untuk di'test' dengan lebih lanjut. 80% swab-test-mini di puswari itu tepat. anda akan diarah rujuk ke HKL, for further test jika keputusan swab test mini itu positif. tak semua klinik @ hospital yang ada swab test mini tu. buat masa sekarang, yang saye tau, ada di pusrawi n ampang puteri.


jage diri baik2 k. kalau demam, or batuk2 or selesema, trus pegi ke hospital. jangan tunggu lame2 baru nak gi hospital. jage kesihatan anda dan orang sekeliling anda. :)

4 comments:

Wan Harun said...

haa nape la tuh sakit mate :D

aiN_z said...

saket mata sebab tlebeyh tdooo
hahaha
:p

Akmal Hayat said...

minum 100+ bnyak2..

membina antibody yg kuat..huhu

aiN_z said...

hhehe
btul2
:)
sila beli di koop berhampiran
hahah
:p