Saturday, December 18, 2010

rapuh



Diri ini mungkin bukanlah yang terbaik untukNya..
tapi ingin sentiasa dilihatNya..

Diri ini mungkin bukanlah yang sentiasa menghiburkanNya..
tapi punya impian untuk menggembirakanNya..

moga hati ini terus kuat..

di tempat baru..

suasana baru..

ujian baru..

keinginan yang baru..

impian yang baru..

hala tuju yang baru..

ya Allah..berikan diri ini kekuatan.. kerana diri ini sangat lemah.. tidak layak mengharapkan segalanya yang terbaik dariMu..tapi ingin terus mengejar cintaMu..izinkan daku... :(

Alhamdulillah..10/11 meningkat umurku. 20. di tempat baru, suasana baru. lain dari sebelmnya, sangat berbeza. Olomouc, Czech Republic. ya Allah! aku memang tidak pernah impikan untuk sampai ke sini. tapi dengan kehendakNya, aku pergi ke sini. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ya Allah..dengan rahmatMu, aku dapat mengenalMu dengan lebih dekat.

aku dapat merasa nikmat saljimu dengan tangan yang Kau kurniakan ini ya Allah..

Aku dapat melihat bagaimana Kau mempelbagaikan kejadian manusia itu..
Subhanallah..
Kalau ditanya, apa yang best blaja oversea, apa beza ngan belajar Malaysia, tidak lain hanyalah nikmat Allah itu dapat dirasa dalam keadaan yang berbeza..tidak kira sama ada yang di Malaysia atau oversea, Allah tidak melihat itu.. tapi Dia melihat pada hati-hati kamu..

Tak terkira banyaknya nikmatNya yang Dia kurniakan,
Tak terhitung betapa besarnya kuasaNya,

Semuanya hanyalah dari Dia..

Dia menentukan segalanya untukku dan untukmu rakan-rakanku :)..

tapi diri ini sering terlupa.. sering terjatuh..
tapi ya Allah, moga diri ini terus kuat dan bangkit!

kerana Allah sentiasa merindukan kita. kerana Allah sentiasa bersama kita. kerana Allah sentiasa melihat kita. kerana Allah sentiasa mendengar rintihan hati ini.

kerana Dialah segala-galanya..

sejauh mana jiwa itu pergi dari asalnya,
ia pasti akan merindukan kembali Penciptanya..

moga 6tahun seterusnya membawa aku lebih dekat denganNya,
menetapkan imanku padaNya,
membuatkan aku lebih bersyukur padaNya..

inshaAllah

^_^

nurulainzakaria,
1st yr medicine,
Palacky University,
Olomouc, Czech Republic




Monday, July 5, 2010

macam-macam rasa @___@

"CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku;
cintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturrahim kerana Aku;
cintaKu mesti bagi orang-orang yang menasihati kerana Aku;
cintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku;
cintaKu mesti bagi orang yang saling memberi kerana Aku."
~Hadis Qudsi~

"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepadaAllah,niscaya Allah akan mencukupkan(keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"

~At-Talaq : 3~


Saturday, May 29, 2010

meow meow pon sayang anak kan?

Assalamualaikum. Arini saje2 nak meluahkan perasaan dalaman atau monolog dalaman yang memang dah lama terpendam dan tersimpan. Maaf, tapi harap tak menyinggung mana-mana pihak. Ini cumalah sekadar monolog dalaman yang ditintakan. =) Hah malam tadik tengo astro awani, dengar pasal seorang budak perempuan yang dikenakan hukuman penjara atas kesalahan membuang bayi. Ohh tergamam. Tatahu nak cakap ape. Hm mungkin ade sesetengah pihak akan cakap, ohh padan muka. Tulah sapa suruh buang anak. Berani buat beranilah tanggung. Mungkin itu andaian sesetengah pihak. Maaf jika tak betoi. Tapi mungkin separuh akan cakap. Eh kesian budak ni. Yelah kes dua tahun lepas dibuka semula dan baru dikenakan hukuman. Kesianlah, buatnya budak tu tengah belajar ke, ape ke, kesian kena terhenti camtu je. Itu mungkin andaian setengah pihak.


Tapi bukan itu yang saye nampak. Saye nampak semakin teruk masalah umat. Semakin teruk masalah dalam masyarakat kita ni. Semakin berbisa, sampaikan saye rasa takut sendirik. Tapi tatahu nak takut apa. Huhu. Yelah, bila hal camtu berlaku mungkin ada orang yang menyalahkan ibu bapa budak perempuan itu, tapi mungkin ada juga yang memaki hamun remaja itu, dan ada juga yang mengkeji si lelaki. dan munkin ada juga yang nk cakap, ‘alah, da takdir, nak wat camna, da tertulis keadaan akan jadik camtuh’. Ohhh bolehh pulop? Kalau boleh, tiap ari macam dah diwajibkan, setiap rancangan berita mahupun surat khabar mesti siarkan kes buang bayi. Sebabnya, tiap2 hari ada jek menda macam tuh jadik. Bayi dijumpai di tengah masjid lah, tengah jalan lah, mana2 je macam ade je bayi. Sampaikan kalau dikumpul bayi2 yang dijumpai tuh, da boleh buat macam jumlah pelajar universiti ramainya. Dalam hal camni, tak leyh nak blame dat gurl seratus pratus. Sebab mungkin dia tak ada ilmu dalam hal cmtuh, n mungkin dia terjerat dengan cinta (wah ayat) mungkin jugak dia dirogol, mungkin dia apa2 ja. Huhhhh. Pokoknya kita jangan lah terlalu bertindak serkap jarang dan cuma tahu menyalahkan orang.

Tapi kalau kita teliti, masyarakat sudah terbiasa dengan ‘mengubati’ daripada ‘mencegah’. Alah bak peribahasa, sudah terhantuk baru nak terngadah. Kadang2 kita kena teliti apa masalah sebenarnya yang mendorong kebejatan sosial (ayat cikgu raja hasni) ni berlaku. Mungkin kita terlalu nak mencapai economic growth, sampaikan seperti terlupa sekejap economic development. Mungkin kita asek terpaku dengan $$$$$$$ dan terlupa pulak nak terpaku dengan hubungan kekeluargaan. Saya sangat percaya, hubungan kekeluargaan menentukan sikap masyarakat. Sebab, sejak seorang bayi dilahirkan, guru pertama adalah suasana di rumahnya sendiri. Kadang-kadang pelik, banyaknya ‘kursus pelajar cemerlang’, ‘kursus kepemimpinan’ , ‘kursus pekerja berwibawa’ macam-macam kursus ada untuk memastikan kecemerlangan. Tapi, kenapa kurang sangat HAPPY FAMILY COURSE, KURSUS IBU BAPA TERHEBAT, KURSUS KELUARGA CEMERLANG. Hah ade la tuh nak cakap, ish ape pulak nih masalah anak2 nak salahkan ibu bapa pulop. Oke mintak maaf bukanlah nak memerli ibu bapa. Tapi rasanya ibu bapa sangat perlukan pengetahuan yang mendalam untuk mencorakkan anak-anak. Mungkin ade yang cakpa, alah ibu bapa perfect mana pon, terpulang pada anak tu jugak nak jadik hape. Oke itu betoi. Tapi, sekurang2nya kita dapat teliti masalah yang mungkin ibu bapa terbuat tanpa disedari, dan akhirnya boleh menyebabkan masalah sosial. (oke bukan kita,sebab saya bukan ibu atau bapa lagi)

Dan mungkin juga ada ibu bapa yang berkahwin awal, maka perlukan labih parental knowledge. Hah ade pulop yang cakap, sape suh kawen awal. Btol, tapi macamlah kawen pada umur yang sepatutnya dapat mendidik keluarga dengan cara terhebat? Aishhh manusia penuh dengan alasan kan. Pokoknya pemikiran perlu lebih matang sebelum nak ada keluarga. Persiapan perlu dilakukan sebaiknya. Perlu ada kefahaman yang mendalam dalam semua aspek. Bukan pakai redah je.

Apa yang saya lihat, masalah sosial sangat banyak bila manusia itu dikaburi dengan $$$$$, sampai terlupa nak berikan air tangan sendiri untuk anak-anak. Ohh maaf jika ade tersinggung pihak ibu bapa. Mungkin ada yang cakap, sibuk bekerja, tapi, anak anak dalam peringkat remaja sangat perlukan perhatian. Sebab remaja itu jiwanya dibiarkan kosong, agar dapat dia sendiri pilih bagaimana corak hidupnya selepas itu. Jadi remaja sangat perlukan guidance untuk memilih jalan kami. Mungkin ada yang cakap, alah boleh pilih jalan snirik, tapi still hubungan kekeluargaan satu elemen sangat penting dalam pembentukan masyarakat cemerlang. Bukanlah nak cakap $$$ tak penting, tapi janganlah sampai kita bertuhankan $$$$ dan lupakan ukhuwah kekeluargaan dan ketepikan hukum Allah.

Mungkin pelik kenapa saya tiba-tiba nak tulis macamnih, ade cakap ain dah nak kawen ke hapa. Ke ain salah seorang pembuang bayi? Ohhh tidaaakkkk!!!! tapi malam tadi lepas tengok berita tuh, rasa terpanggil sangat nak tulis camni, tah tiba-tiba. Mungkin sebab masalah sosial ni dalam kalangan remaja, dan saye pon sebagai remaja, yang satu hari insyaAllah bakal ibu juga nak semua dapat membuka mata masing-masing. Jangan kita terlalu sibuk dengan hal sendiri dan tak nak ambil peduli pun masalah remaja kita sendiri, kawan-kawan kita.

Buat kawan-kawan dan semua remaja dan saya sendiri. Alam remaja cuma sekali. Dan alam remaja jugalah yang mampu menentukan kehidupan kita seterusnya. Jage diri jaga hati jaga iman, insyaAllah hidup diberkati Allah dan mintak-mintak dijauhi denan perkara mungkar. sama-sama kita jaga hubungan dengan Allah dan keluarga. Bagi ex KMB 08 hah jaga diri leklok. Cuti ni kena dimanfaatkan sebaiknya! Yuhuuuu! kaum remaja termasuk saya, sila jaga diri leklok supaya tadak baby dibuang sana siniiii.

Ohh suratkabar tadik cakap da dapat tangkap budak umur 17tahun yang masih bersekolah yang tanam bayi kat stesen komuter. Tapi, satu penangkapan boleh buat kes buang anak berkurang tak? Huhhuhuu~

Suka surah Al-Anfal, bila Allah mengingatkan kita supaya menyiapkan diri dengan tiga persiapan penting,

IMAN, MATERIAL dan UKHUWAH.


SELAMAT BERBIRO TATA NEGARA =) ohhh saye perlu ke Kuala Kangsar untuk berBTN. huuuuu.

Luahan yang mungkin memboringkan. Huhuhu. Maaf.

suka kata-kata mak, rumah kata pergi, kubur kata mari. huhuhu

Saturday, May 22, 2010

=) alhamdulillah

ya Allah, syukur sangat. penantian 2tahun berakhir. alhamdulillah sumenye berakhir dengan baik insyaAllah. sekarang tengah tunggu umi datang amik, tapi amik kesempatan curik2 menulis. rasa sedihhh berpisah ngan sume orang. kawan2, thanks a lot sebab salu berada dengan saya. cikgu2, banyak berkorban ntuk kitorang. habis IB bukanlah bermaksud dah habis sumenye. tapi kehidupan baru je bermula, melangkah ke dunia luar.

satu cabaran baru.

satu pemandangan baru.

dan insyaAllah satu harapan baru.


semua orang da buat yang terbaik untuk exam IB, sekarang urusan Allah untuk berikan keputusannya. bismillahitawakkaltu'alallah =)
sama-sama kita doakan yang terbaik untuk semua orang.

dan buat rakan2 dan diri sendirikkk, sama-sama kita kuatkan diri di rumah! kat KMB, jiwa dah dididik untuk solat tepat pada waktunya, tapi jangan biarkan didikan tu hanya di KMB saja insyaAllah. Allah tidak hanya melihat kita sewaktu kita di KMB kan, tapi waktu kita kat rumah jugak. =)


yeaaahhhh nak tengok duniaa luarrrr =) akhirnya.
hehhee. jadi esok insyaAllah bakal berjalan2 dengan umi. yipiiii. n jumaat ni, ke kedah insyaAllah! =)


jom jom jom sama2 kita kurus2kan badan semulaaaa. hahaha. okeh kes tu untuk saya seoranggggg. huuuuuuu.
=l wasalam.

Sunday, March 21, 2010

Ku Mahu Berjaya = KMB

mari balik KMB! ;) yoyoyoooyo!

selamat berjuang IB exam ye kawan2. (◕‿◕✿)
all the best.

doakan kejayaan kami pelajar KMB yang bakal menempuh IB exam di Hall serbaguna KMB itu. ohh satu perlian ke hape tuh. dan bakal menamatkan 2tahun International Baccalaureate kami.

yeaahhhhh. selepas 2tahun.
dari umur 18tahun yang masih penuh dengan ketidakmatangan itu, akhirnya akan keluar dengan separuh matang. okay la tuh. :p waaahh hidup di KMB. 2tahun kita bersama. aku pasti rindu engkau lah KMB. sekejapnya masa berlalu. aku cinta kau KMB. 2tahun. akhirnya kita akan berpisah. selamat tinggal. dari dulu lagi aku memang nak sangat berpisah dengan kau. akhirnya, dapat juga kita berpisah 44 hari lagi. tapi semoga aku tak lupakan ape aku da blaja daripada kau ohh KMB.

mari bersama hidup dengan penuh kegembiraan selepas ini. selamat ber-IRP ye kawan2. usaha sungguh-sungguh, tawakkal juga sungguh-sungguh.

sebab Allah cakap,
"dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sunnguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"

~surah At-Talaq : 03
suka bila Allah cakap, Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. maksudnya, kita pon mesti laksanakan urusan kita dulu, iaitu berusaha, dan selepas itu, berserah kepada Allah sepenuh hati. ohh alangkah indahnya kalau kita dapat rasa nikmat tawakkal tu. tapi kalau nak rasa, kenalah betul2 bertawakkal dulu. kan kan. okeh, selamat berusaha. untuk aku jugak, jangan buang masa! berusaha hingga ke akhir! insyaAllah. selamat tinggal kawan kawan di alam maya untuk 44 hari. kita jumpa lagi nanti. ohh nak jumpa baby sekejap. yuhuuuu.

assalamualaikum ;)



jom jadik bagai gadis kecik di atas, tetap nak naik ke ranting walaupun bakal jatuh.
ohh anda faham ke maksud saya? buat buat paham je lah ye. hahahha

Friday, March 19, 2010

arini dah jumaat. esok sabtu. lusa ahad, balik KMB! hohhh cepatnya mase berlalu! kurang dari 50 hari nak IB exam ohhh. n ari rabu minggu depan aku interview puloppp. huwaaaaa. cuakkk. errr takut, gelisah gundah gulana sume ade. huhuh. dah la dulu takde MOCK interview sebab ade kat hospital. so ini interview first di KMB ini.

waduuhh. cuak sangat.
ohh tolong doakan lidahku tak terkelu nanti. saye dah la pendiam. kan kan. huhu. takut je nanti depan interviewer jadik pendiam jugak. c'mon ain! boleh boleh!

nurul ain, gudlak! jangan meloyar buruk depan interviewer! huhuhuhu. baiklah.

huit huit huit IB exam da dekat. sangat. tersangat. amat. revise betol2! jangan main-main.

ni asek bela baby kat FB. huhu. stress telah membuatkan aku adopt baby di Facebook. yooooo sangat seronok. baby yang cuma tahu sebut 'babaaahhh, mommy, daddy' dan pekataan2 cumel membuatkan stress hilang seketika, tapi mase tetap takkan berenti sekejap untuk aku membela bayi. hohhhh jangan buang masa!

jom prepare ntuk intbiu! help me.

huwaaa'
oh ya, baby di Facebook bernama NINI ;) ala2 DIDI. harap tak nakal seperti didi, tapi comel saja seperti dia. heee~

Tuesday, March 16, 2010

salu orang tanya khabar,

'ain sihat tak?'


ohh mungkin boleyh cakap ape2 je, sebab boleh rasa sendirik kalau2 suhu naik atau rasa sengal2 badan


tapi kalau tanya hati sihat tak,

hmmm susahnya nak jawab
sebab tak dapat nak make sure hati sangat sihat atau kurang sihat atau tidak sihat ;(

bimbangnya

kalau demam boleh gi klinik, dapat ubat, makan, n insyaAllah pastuh sakit kurang dengan izin Allah

tapi kalau hati tasehat?

risauuunya,

sebab hati yang kurang sihat atau tidak sihat boleh affect ibadah pada Allah


hmmm
terlalu banyak perkara boleh buat hati tasehat

ohh hatiku, ape kabar awak arini? ;(

saye nak awak sihat selalu,

jadik awak kena tolong selalu pastikan saye tak terikut hasutan musuh awak ye

kalau saye tanye awak, ok ke buat mende nih,

kalau awak sihat, awak akan dapat bagik saye jawapan yang baik,

dengan sebab musababnya sekali kan


saye harap awak sihat slalu ye, cik hati

insyaAllah

saye sayangkan hati saye



Sabda Rasulullah,
"di dalam tubuh manusia, ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan pada diri itu, tapi jika tidak baik daging itu, maka tidak baiklah keseluruhan pada diri itu. Dan ketahuilah seketul daging itu ialah hati"



p/s : saye tadak kedit sekarang untuk reply msg. maaf ye!

Monday, March 15, 2010


wah

arini macam telur merah atas nih

sedih siket

tapi tape lah!

jangan emo cutih2 ni

teruskan usaha!

IB tinggal 50ari lagi nih!

mari mari.


p/s : time kaseh, btul lah, tanye pasal menda tuh memang buang masa


yeay contohi semangat kura2! =)

Tuesday, March 2, 2010

kepalaku

baiklah. sakit kepala yang dah berapa lama nih buat aku berpikir bukan2.
contoh pikiran bukan2 :
mungkin aku ade kanser otak, nanti jumpa doktor, doktor suruh buat MRI, pastu disahkan kanser otak.

huwaaaa. itu salah satu contoh pikiran bukan2 yang sangat jahat. bila pikiran bukan2 ni diconvertkan kepada luahan perasaan kepada teman2 rapat n klasmet tersayang, ohh aku dimarahi sebab pikir bukan2. huhu. tapi kesakitan kepala yang ditahan selama hampir dua bulan ni memang paksa otak ni terpikir bukan2 tanpa disuruh. huh.


malam semalam dah sangat tak tahan. sakit sangat2. talipon umi, intebiu umi, nape leyh sakit pale macamni. aduish. taleyh buat keje langsung lau dah sakit pale camni. huhu. ujian.

tadi umi datang kolej nak bawak gi PUSRAWI, nak periksa. tapi last2 tajadik, sebab doc tu tak betugas arini. mungkin next time. n, umi cakap, lau jumpe doc tuh, mesti doc tu suruh buat MRI, sebab sakit kepala dah lame. n kadang2 diselangi dengan pendarahan hidung yang darahnya keluar dengan penuh kelajuan tanpa had laju. tapi, if buat MRI kat pusrawi, kosnya rm1000! mak uihhh. kurang rm200 biasiswa MARA setahun. huhuhu. so, disebabkan doc kawan umi tu tak betugas arini, umi bawak beberapa jenis ubat khas ntuk sakit kepala aje. aduishh. kalerful pulak tuh! hmmmm. da lah susah nak makan ubat. huhuh. then, kami decide nak gi pusat perubatan syifa alhidayah kat gombak. dapat alamat n number fon sebab umi salin lepas tengok ASTRO oasis. pusat perubatan ni mengamalkan ayat ALQuran untuk sembuhkan penyakit. boleh bukak www.syifa-alhidayah.com. tapi tadik bila gi, alamak, tutup pulop. huhu. akan dibukak semula 15hb. huwaaaa. buat mase sekarang kena makan ubat umi bagik tu dulu buat tahan sakit. hmmm. jumaat ni mungkin balik rumah. kena gi jumpa doc tu pulak. huhuhu.
ujiannnn.......

huwaaaa. harap2 takde pape. insyaAllah. sebab kepala otak ari2 dah pikir bukan2 sampai 5% je pikiran positif. huhuu. dan, mintak maaf pada orang2 yang kalau saya terserempak tengah jalan, tapi tak tersenyum or tertunjukkan muka masam mencuka. maaf, tapi saye memang sedang menahan sakit. huhuhu. ari2 sakit kepala. kalau sekali sekala mungkin boleh consider migrain, tapi ni dah ari2, setiap masa sakit. =( hidung berdarah pulak tuh. waduuhhh. gawat.

tapelah, harap dapat berusaha sebaik mungkin jage kesihatan.
pada sume orang, jage kesihatan anda!



p/s : kepada mahira dan hafiza kesayangankuuu, selamat hari jadik! =) semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa di bawah redaNya insyaAllah =) sayang kamu!

Saturday, February 27, 2010

insyaAllah, esok akan pulang ke KMB tercinta
mungkin dulu, akan tulis (tercinta ke?) selepas perkataan KMB di atas itu, macam ini :
insyaAllah, esok akan pulang ke KMB tercinta (tercinta ke?)
tapi, kini tidak lagi. dan tidak mungkin akan. =)
aku mula mencintai KMB, sangat2 cinta, malah sangat cintakan DIA yang menetapkan aku untuk masuk KMB itu Jun 2008 lepas.
walaupun ketiga-tiga sem macam dilalui dengan kehampesan, dan sangat banyak ujian, air mata (hehe),tapi perasaan syukur sangat2 mula dirasai sekarang. Kat KMB la macam2 menda yang dah blaja.
hati makin diperkukuh di KMB. alhamdulillah.
tiggal bape hari je lagi nak sedut udara kat KMB nih. afta final IB exam, merdeka.
tapi, pasti akan merindui KMB. huhuhu.
insyaAllah, beberapa hari ni lah akan digunakan sebaiknya untuk menikmati n menghargai KMB, dengan kawan2 tercinta. =)
thank you Allah... =)

kawan2, mari kita berjuang! moga kita semua same2 capai ape yang diharapkan, insyaAllah =)

12 Rabiul'awal 1431

salam maulidurrasul =)
semua orang mesti tengah gumbira2, sebab dapat cuti hari jumaat semalam. sape yang tak hepi kann. lagi2 budak kmb. waaahh rase macam nikmat betui dapat cuti hari jumaat. ye lah, leyh 'qada'' tido, rehat2kan minda, balik rumahh, n macam2 agy leyh wat dapat extra cuti searyy nihh. hohoho. saye balik umahh, 'alergik udang'. so bercuti di rumah lah. =)

hahhh. bercuti2 jugak. tapi maybe ade terlupa kenapa dapat cuti. huhu. maulidirrasul =)
hmmm. semalam tengok alkuliyyah, best sangat ustaz-tak-ingat-nama tu elaborate pasal selawat. waaahh, simple je tajuk dia. 'selawat'. tapi, sangat banyak input. waaaaaa suka gila ustaz tuhhh.

macam2 dia cakapppp. camane nak memeriahkan lagi sambutan maulidurrasul?
hehehehe. senang sangat. dengan selawat, hadirkan diri dalam majlis ilmu.
Rasulullah selalu teringat kita, buat macam2 untuk kesenangan umatnya. tapi, kita je cam salu tak ingat baginda. huwaaaaa terkesan lah ngan ape ustaz-tak-ingat-nama cakapppp.
cuma nak kongsi ja...

selawat bermaksud doa agar Allah limpahkan rahmat pada Rasulullah.. Allah dan malaikat pun berselawat pada nabi. tapi, sama ke selawat Allah dan malaikat pada nabi? ehhh mestilah tak same. sebab selawat Allah pada nabi mksudnya, Allah limpahkan rahmatNya pada Muhammad. Malaikat pulak berselawat memohon agar Allah limpahkan rahmat pada Rasulullah.dan, kite jugak kena berselawat agar Allah limpahkan rahmatNya pada Muhammad. haaaaa, mesti ade gak orang cakap or terlintas kat ati cumel tuh, 'aish, nabi dah maksum, dah sempurna, dah lengkap sume, dah dijanjikann syurga, tapi kita pohon supaya Allah limpahkan lagi rahmat kat baginda? patutnya kita mintak untuk diri kitaaa..'

hmmm... ini jawapannya... Sabda Rasulullah, 'barangsiapa yang mengingati aku, menyebut namaku, maka dikurniakan rahmat Allah ke atasnya'.....

dan..

Allah cakap lagi, dalam surah al-Ahzab, ayat 21,

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
~Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.~

sekali selawat ke atas nabi = 10 kali Allah berikan rahmat pada kita...

dan, ustaz-tak-ingat-nama cakap lagi, pada hari akhirat, orang yang mendapat syafaat akan dapat berdampingan dengan Rasulullah...

dan (banyaknye dan?), hati cumel tertanya lagi, camana nak dapat syafaat?
jawapannya, jeng jeng jeng..... banyakkan SELAWAT =)

tiap kali terdetik dalam hati teringat Rasulullah, or terdengar nama Rasulullah, maka diwajibkan atas kamu untuk berselawat......
itulah pendapat keempat2 mazhab.....

kenapa wajib? sebab Allah suruh..... so, wajiblah hukumnya =)

ustaz-tak-ingat-nama cakap agy, dalam diri setiap orang, perlu ada kecintaan yang sangat tinggi pada baginda Rasulullah...... sebabtuh, perlu diwujudkan 3 cinta dalam diri;
1) cinta pada Rasulullah
2) cinta pada keluarga Rasulullah
3) cinta pada Al-Quran......

ade orang cakap, camane nak wujudkan cinta pada Rasulullah, hati cam da kebal, nasik dah jadik bubur, sebab dari kecik tak dikenalkan pada Rasulullah......

bubur leyh jadi nasik balikkk... dari sekarang kena tanamkan cinta pada Baginda, baca sirah baginda, kisah2 Rasulullah yang sangat beshhhh.

kalau nakkan idola, Rasulullah lah idola untuk sume perkara....
nak kata idola ntuk jadik pemimpin yang adil? pada Rasulullah lengkap sume....
idola nak jadik orang yang sabar? pada Rasulullah jugakkk sifat sabar yang sangat tinggi.....
mase Rasulullah beribadah di Thaif, baginda dibaling batu. baginda berdarah, sakit, hinggakan Baginda menitiskan air mata. Malaikat datang, berkata,' ya Rasulullah, kami sangat sedih melihat kau. izinkan kami untuk membaling batu2 di bukit ini kepada mereka, agar mereka merasakan ape yang kau rasa....'
tapi Rasulullah cakap, 'tak perlu...'
Baginda terus berdoa, 'ya Allah, kurniakanlah dalam kalangan anak-anak mereka golongan yang soleh'........
nak idola lelaki romantik? tengok je kisah Rasulullah dengan isteri2 baginda...

pada baginda, ade sume yang kita nak contohi.....
=)
rasakanlah cinta pada Rasulullah, insan yang sentiasa mengingati kita...
klik SINI

terima kasih ya Rasulullah....
moga same2 kite berselawat ke atas nabi, moga mendapat rahmatNya, insyaAllah..

mulakan doamu dengan selawat, akhirinya dengan selawat juga =)

ya Allah, lembutkanlah hati kami untuk memujiMu dan berselawat ke atas kekasihMu,
Rasulullah Sallahu'alaihiwasalam. tetapkan hati kami, teguhkan iman kami....


ehhh, esok balik kolej! waaa emosi meronta2 kata tamauu balikkk. ngionggg.
babai! nak wat keja!
assalamualaikum =)

Sunday, January 31, 2010

mari buka mata =)


Open Your Eyes

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

lagu yang sangat menenangkan hati... =)
kan kan =D
He is watching over us..

"Dan tidakkah mereka tahu bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan?"
~al-Baqarah : 77~

"Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya adalah penciptaan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila Dia kehendaki"
~Asy-Syura : 29~