Tuesday, March 2, 2010

kepalaku

baiklah. sakit kepala yang dah berapa lama nih buat aku berpikir bukan2.
contoh pikiran bukan2 :
mungkin aku ade kanser otak, nanti jumpa doktor, doktor suruh buat MRI, pastu disahkan kanser otak.

huwaaaa. itu salah satu contoh pikiran bukan2 yang sangat jahat. bila pikiran bukan2 ni diconvertkan kepada luahan perasaan kepada teman2 rapat n klasmet tersayang, ohh aku dimarahi sebab pikir bukan2. huhu. tapi kesakitan kepala yang ditahan selama hampir dua bulan ni memang paksa otak ni terpikir bukan2 tanpa disuruh. huh.


malam semalam dah sangat tak tahan. sakit sangat2. talipon umi, intebiu umi, nape leyh sakit pale macamni. aduish. taleyh buat keje langsung lau dah sakit pale camni. huhu. ujian.

tadi umi datang kolej nak bawak gi PUSRAWI, nak periksa. tapi last2 tajadik, sebab doc tu tak betugas arini. mungkin next time. n, umi cakap, lau jumpe doc tuh, mesti doc tu suruh buat MRI, sebab sakit kepala dah lame. n kadang2 diselangi dengan pendarahan hidung yang darahnya keluar dengan penuh kelajuan tanpa had laju. tapi, if buat MRI kat pusrawi, kosnya rm1000! mak uihhh. kurang rm200 biasiswa MARA setahun. huhuhu. so, disebabkan doc kawan umi tu tak betugas arini, umi bawak beberapa jenis ubat khas ntuk sakit kepala aje. aduishh. kalerful pulak tuh! hmmmm. da lah susah nak makan ubat. huhuh. then, kami decide nak gi pusat perubatan syifa alhidayah kat gombak. dapat alamat n number fon sebab umi salin lepas tengok ASTRO oasis. pusat perubatan ni mengamalkan ayat ALQuran untuk sembuhkan penyakit. boleh bukak www.syifa-alhidayah.com. tapi tadik bila gi, alamak, tutup pulop. huhu. akan dibukak semula 15hb. huwaaaa. buat mase sekarang kena makan ubat umi bagik tu dulu buat tahan sakit. hmmm. jumaat ni mungkin balik rumah. kena gi jumpa doc tu pulak. huhuhu.
ujiannnn.......

huwaaaa. harap2 takde pape. insyaAllah. sebab kepala otak ari2 dah pikir bukan2 sampai 5% je pikiran positif. huhuu. dan, mintak maaf pada orang2 yang kalau saya terserempak tengah jalan, tapi tak tersenyum or tertunjukkan muka masam mencuka. maaf, tapi saye memang sedang menahan sakit. huhuhu. ari2 sakit kepala. kalau sekali sekala mungkin boleh consider migrain, tapi ni dah ari2, setiap masa sakit. =( hidung berdarah pulak tuh. waduuhhh. gawat.

tapelah, harap dapat berusaha sebaik mungkin jage kesihatan.
pada sume orang, jage kesihatan anda!



p/s : kepada mahira dan hafiza kesayangankuuu, selamat hari jadik! =) semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa di bawah redaNya insyaAllah =) sayang kamu!

Saturday, February 27, 2010

insyaAllah, esok akan pulang ke KMB tercinta
mungkin dulu, akan tulis (tercinta ke?) selepas perkataan KMB di atas itu, macam ini :
insyaAllah, esok akan pulang ke KMB tercinta (tercinta ke?)
tapi, kini tidak lagi. dan tidak mungkin akan. =)
aku mula mencintai KMB, sangat2 cinta, malah sangat cintakan DIA yang menetapkan aku untuk masuk KMB itu Jun 2008 lepas.
walaupun ketiga-tiga sem macam dilalui dengan kehampesan, dan sangat banyak ujian, air mata (hehe),tapi perasaan syukur sangat2 mula dirasai sekarang. Kat KMB la macam2 menda yang dah blaja.
hati makin diperkukuh di KMB. alhamdulillah.
tiggal bape hari je lagi nak sedut udara kat KMB nih. afta final IB exam, merdeka.
tapi, pasti akan merindui KMB. huhuhu.
insyaAllah, beberapa hari ni lah akan digunakan sebaiknya untuk menikmati n menghargai KMB, dengan kawan2 tercinta. =)
thank you Allah... =)

kawan2, mari kita berjuang! moga kita semua same2 capai ape yang diharapkan, insyaAllah =)

12 Rabiul'awal 1431

salam maulidurrasul =)
semua orang mesti tengah gumbira2, sebab dapat cuti hari jumaat semalam. sape yang tak hepi kann. lagi2 budak kmb. waaahh rase macam nikmat betui dapat cuti hari jumaat. ye lah, leyh 'qada'' tido, rehat2kan minda, balik rumahh, n macam2 agy leyh wat dapat extra cuti searyy nihh. hohoho. saye balik umahh, 'alergik udang'. so bercuti di rumah lah. =)

hahhh. bercuti2 jugak. tapi maybe ade terlupa kenapa dapat cuti. huhu. maulidirrasul =)
hmmm. semalam tengok alkuliyyah, best sangat ustaz-tak-ingat-nama tu elaborate pasal selawat. waaahh, simple je tajuk dia. 'selawat'. tapi, sangat banyak input. waaaaaa suka gila ustaz tuhhh.

macam2 dia cakapppp. camane nak memeriahkan lagi sambutan maulidurrasul?
hehehehe. senang sangat. dengan selawat, hadirkan diri dalam majlis ilmu.
Rasulullah selalu teringat kita, buat macam2 untuk kesenangan umatnya. tapi, kita je cam salu tak ingat baginda. huwaaaaa terkesan lah ngan ape ustaz-tak-ingat-nama cakapppp.
cuma nak kongsi ja...

selawat bermaksud doa agar Allah limpahkan rahmat pada Rasulullah.. Allah dan malaikat pun berselawat pada nabi. tapi, sama ke selawat Allah dan malaikat pada nabi? ehhh mestilah tak same. sebab selawat Allah pada nabi mksudnya, Allah limpahkan rahmatNya pada Muhammad. Malaikat pulak berselawat memohon agar Allah limpahkan rahmat pada Rasulullah.dan, kite jugak kena berselawat agar Allah limpahkan rahmatNya pada Muhammad. haaaaa, mesti ade gak orang cakap or terlintas kat ati cumel tuh, 'aish, nabi dah maksum, dah sempurna, dah lengkap sume, dah dijanjikann syurga, tapi kita pohon supaya Allah limpahkan lagi rahmat kat baginda? patutnya kita mintak untuk diri kitaaa..'

hmmm... ini jawapannya... Sabda Rasulullah, 'barangsiapa yang mengingati aku, menyebut namaku, maka dikurniakan rahmat Allah ke atasnya'.....

dan..

Allah cakap lagi, dalam surah al-Ahzab, ayat 21,

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
~Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.~

sekali selawat ke atas nabi = 10 kali Allah berikan rahmat pada kita...

dan, ustaz-tak-ingat-nama cakap lagi, pada hari akhirat, orang yang mendapat syafaat akan dapat berdampingan dengan Rasulullah...

dan (banyaknye dan?), hati cumel tertanya lagi, camana nak dapat syafaat?
jawapannya, jeng jeng jeng..... banyakkan SELAWAT =)

tiap kali terdetik dalam hati teringat Rasulullah, or terdengar nama Rasulullah, maka diwajibkan atas kamu untuk berselawat......
itulah pendapat keempat2 mazhab.....

kenapa wajib? sebab Allah suruh..... so, wajiblah hukumnya =)

ustaz-tak-ingat-nama cakap agy, dalam diri setiap orang, perlu ada kecintaan yang sangat tinggi pada baginda Rasulullah...... sebabtuh, perlu diwujudkan 3 cinta dalam diri;
1) cinta pada Rasulullah
2) cinta pada keluarga Rasulullah
3) cinta pada Al-Quran......

ade orang cakap, camane nak wujudkan cinta pada Rasulullah, hati cam da kebal, nasik dah jadik bubur, sebab dari kecik tak dikenalkan pada Rasulullah......

bubur leyh jadi nasik balikkk... dari sekarang kena tanamkan cinta pada Baginda, baca sirah baginda, kisah2 Rasulullah yang sangat beshhhh.

kalau nakkan idola, Rasulullah lah idola untuk sume perkara....
nak kata idola ntuk jadik pemimpin yang adil? pada Rasulullah lengkap sume....
idola nak jadik orang yang sabar? pada Rasulullah jugakkk sifat sabar yang sangat tinggi.....
mase Rasulullah beribadah di Thaif, baginda dibaling batu. baginda berdarah, sakit, hinggakan Baginda menitiskan air mata. Malaikat datang, berkata,' ya Rasulullah, kami sangat sedih melihat kau. izinkan kami untuk membaling batu2 di bukit ini kepada mereka, agar mereka merasakan ape yang kau rasa....'
tapi Rasulullah cakap, 'tak perlu...'
Baginda terus berdoa, 'ya Allah, kurniakanlah dalam kalangan anak-anak mereka golongan yang soleh'........
nak idola lelaki romantik? tengok je kisah Rasulullah dengan isteri2 baginda...

pada baginda, ade sume yang kita nak contohi.....
=)
rasakanlah cinta pada Rasulullah, insan yang sentiasa mengingati kita...
klik SINI

terima kasih ya Rasulullah....
moga same2 kite berselawat ke atas nabi, moga mendapat rahmatNya, insyaAllah..

mulakan doamu dengan selawat, akhirinya dengan selawat juga =)

ya Allah, lembutkanlah hati kami untuk memujiMu dan berselawat ke atas kekasihMu,
Rasulullah Sallahu'alaihiwasalam. tetapkan hati kami, teguhkan iman kami....


ehhh, esok balik kolej! waaa emosi meronta2 kata tamauu balikkk. ngionggg.
babai! nak wat keja!
assalamualaikum =)

Sunday, January 31, 2010

mari buka mata =)


Open Your Eyes

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

lagu yang sangat menenangkan hati... =)
kan kan =D
He is watching over us..

"Dan tidakkah mereka tahu bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan?"
~al-Baqarah : 77~

"Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya adalah penciptaan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila Dia kehendaki"
~Asy-Syura : 29~

Friday, January 1, 2010

31/12/09

selamat tahun baru!


sehari sebelum tahun baru, berjalan-jalan.dah lame tak gi jalan sorang2. heh semalam ucu bagik kua. ingat nak g DBP awal pagi tuh, konon nak carik buku rujukan ntuk EE. tapi disebabkan masalah dalaman (malas nak gi saeng ucu kua keje awal pagi), so terpaksa cakap kat ucu nak kua snirik

ucu, tape lah, nurul gi snirik tengahari nanti. nak wat keja sket

tape ke gi snirik? tahu tak camne nak g DBP?

boleh je jalan2 nanti. takde pape lah!

ok. nanti kol kawan ucu (dia keja kat DBP)
013 - xxxxxxx

okeh!

waaa serunuk tak terkira, nak kua snirik nihh. da lame terkurung kat rumah. yuhuuuu. tepat kul 12 pegi iron baju, siap2, 12.45 baru kua. hampes tol besiap punye lama. bejalan kaki ke stesen Cahaya dah 10 minit. tapi gi KLCC dulu mengepos assignment. tayah cakap ah assignment hape, buat malu da nak abesh cutih baru nak pos. sampai2 klcc, terus rasa rindu tiba-tiba kat tempat keja lama, skybridge. hajat di hati cam nak pegi sane. tapi hajat terbatal kurang dari 10 saat. tanak ah pegi. nanti dyorang dah takenal. nanti dyorang cakap,

'betol ke budak tembam nih penah keja sini'

tape lah, lepas IB baru pegi balek, buat muka kurang malu mintak keja balek. hahahah.

huhuhu. so terus ke post office. pastuh terus tanya abang tuh, ari senin bole sampai tak. ye lah, watnya dia anta seminggu baru nak sampai, rugilah rm6.50 aku untuk poslaju tu.
ok! senin boleh sampai.

tringgggggggg. menyengih kat situ. sebab hepy at least saye ade anta keja tym cuti =p

then, pegi buat ape yang patot di tempat yang sepatotnya.
pastuh perot buat konsert, tanda kebuluran. tiba-tiba rasa ngidam nak makan secret recipe. tapi telupa pulak SR kat mana. da lame takgi KLCC tak ingat. round sampai tingkat 4 jalan-jalan. pegi teddy tales, beshnya ade mat saleh tuh belikan makwe dia teddy besa sama 3/4 badan! hoho. pastuh masuk kino. boringlah! ramai sangat orang. pegi body shop. boring jugak. minah tuh asek ikut jeh. bia lah nak tengok2 dulu. huhu. penat jalan, tepon sum1.

tolong carikan kat tenet kat mane SR kat KLCC

C floor. C35.

ok thanx!

nape lah aku bazir kedit tepon orang, padahal boleh je carik kat papan kaler hitam tuh.
pastuh pegi la SR. mak aih! ramai gila orang? masuk secara malu2 ke dalam SR, takut tadak tempat nak duduk. pastuh nampak 1 meja berkerusi 4. ape lagi, terus serbu! tiba-tiba abg SR datang.
adik, bape orang?

sorang.

duduk meja tuh boleh? (tuding jari kat meja 2 kerusi)

boleh2. no hal

bangun, pegi kat meja tuh. aish mamat tuh mase aku datang tanak kua, tym da dapat tempat duduk syiok punya, baru nak pegi. tapi takesah la, yang penting dapat makan!
beli Chicken Bleu ape tah tak hingat name penoh. ngn oreo milkshake. sedap2.
hah bila tiba kena bayar pon SEDAP JUGAK.

pastuh bosan. tiba-tiba teringat tujuan asal keluar rumah. hey nak gi DBP lah!
terus tepon abg shidy, gtawu nak g DBP. harap2 tunggu depan DBP sebab takut kena culik. heh tadak sapa nak culik. 45 minit tukar2 train, sampai lah ke DBP, beli buku sket.
then g library DBP yang lagi lima minit nak tutop. dapat cium bau aircond je lah.

huhuh. hajat sebenar tak kesampaian. then ucu call, suh g ofis beliau,, nk bawak gi makan.
hurmm baru je pas makan, makan lagi. mane tak g****. tayah teka ape pkataan tuh.
yang penting da dapat buku nak wat EE. yuhuuuuu. tasiap jugak senin nih tatahu lah!

nadirah, hajar, nanti bila-bila kita pegi secret recipe ye. semalam tasempat nak makan yang baru jadik kegemaran, classic cheese. takot duit tacukup. hahahaha. miss you guys =)

ehh! SELAMAT TAHUN BARU!
2010. bakal menjadik warga 20-an. hahha. baru sedap nak cakap. kaum 20-an.
azam baru? hehh. ade2. err tapi azam baru 2009 pon dah lupa!
=p

ibu! saye rindu nak webcam ngn anda lagik. heheh



classic cheese

esok nak jumpa kak nadia kat mid!

(◕‿◕✿)

Tuesday, December 29, 2009

sebab, aku bukan budak baik

rasenye cutih nih cutih yang sangat terok.
cutih yang tadak kualiti.
dalam proses siapkan kerja2 (tak tersiap2 gak).
tapi still rase cutih nih cutih paling ngarot.
benci. tasuka.
tapi harap2 keadaan jadi cam biasa balek.

bismillahirrahmanirrahim...

~Dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada TuhanMu dan bertaubat kepadaNya, niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditetapkan. Dan Dia akan memberikan kurniaNya kepada setiap orang yang berbuat baik. Dan jika kamu berpaling, maka sungguh, ditakuti kamu akan ditimpa azab pada hari Kiamat~
~ Hud : 3 ~


yang lepas, biarkan lepas.
sekian.

Monday, December 14, 2009

=) saya suka



Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

Sunday, December 13, 2009

suka suki suku suke

=)
saya gembira
alhamdulillah
=)

saya suka suko suku suke satsuke hari ini

sape suka wendy's???
sila turun tangan!
pasnihh tamau gi wendy's agykk
(tabersalah)
ngiong3

tadik tersesat kat timesquare
tapi... happy jeh tersesatt ponn
;p
nyummy nyummy nyummy =)

tata

tq =)

Saturday, December 5, 2009

saket

arini sangat saket
tapi tape, kena kuat!

=)

thanks a lot


haaa nurkaseh da abeshh pon laz week =)
bagi yang bukan peminat nurkaseh maybe sangat tasuka nak tengok nurkaseh, n rase pelik nape laa suka tengok nurkaseh
tapi da jumpa satu artikel nih, di sebalik cite nurkaseh

Friday, November 27, 2009




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ;)

babai lembu2
jasamu amat dihargai ;)
sayang sume lembu2 yang menjadik korban

maaf zahir baten ;)

sayang anda semuaaaaa!
^_^

bukan lembu je yang perlu dikorbankan sempena ari raya korban.....

;)

thank you Allah ;)


Wednesday, November 18, 2009

TOK tok TOK tOk tok

saye bukan tengah panggil tok saye yang tengah kat kampong

tapi tengah pening pale T.O.K esei lom siaaappppp

;(

bling bling

tin tong

huwaaaaa

tata~
muah muah muahhhhh

Tuesday, November 10, 2009

terima kasehhh thank you

alhamdulillah.
da besa dahhh. da 19taunnn. da tua kaahh? err tak agy tuaaa kann. baru 19. muda remaja agyyyy. hahahah. tapi, da dewasa. errr, ye la tuh kot.
nak ucap time kasehhh banyak2 kat kawan2, kLasmet, ex skulmet, n sume2 rakan alam maya yang wishh saye malam tadiiikkk. tenkiuuu sangat2. sayang anda sangat2 ;)

thanx kat beshfrens, yang malam tadik buat KEJUTAN yang boleh tahan tekejottt gakk. hahaha. tenkiuu sayang2kuuu. ;)

thanx kat kLasmet, yang lpas abesh makan, tibe2 sume bangun pastuh nyanyik lagu beshdaayy versi English ala2 Eliza tadikkk. hahaha. tenkiuuu. terhaaruuu. sob3 ;)

thans family mpp, yang wish malam tadikkk n arinyy. thanx sangat2. korang sangat shuweeetttt. pheweeeetttt. nanti kita gi makan lua ramai2 k satu family. hehhheeh ;p

thanx kat ibu, yang kol tepat kul 12 malam. huhu. terhaaruuu ;( ibu salu tido awal. malam tadik puan khatijah korbankan waktu tidur beliau sebanyak 2 jam sebab nak wish anak gadis tercinta yang cumel lagi gedik lagi baek lagi sengal yang jauh dari mata dekat di hati. time kasehhhh ibuuuu. huwaaaa. yeay! sabtu nih balek johOr! ade sesape nak ikOt?? hahahah. jom jom jom.
sayanggg ibuuu ;)

dan, terima kaseh yang teramat banyak padaNya, yang dah kurniakan aku macam2 selama 19tahun nih. alhamdulillah, dan sangat2 bersyukur, Dia still bagi aku peluang baiki diri. insyaAllah. ya Allah, terima kaseh!!! ;)

buat semua oranggg, yang wish saye, n yang mendoakan saye, time kasehh sangat2.
saye sayang sangat kat anda sumer. ;)

ya Allah, moga aku menjadi insan yang lebih baik dari semalam,
aku mohon rahmat dariMu,
aku mohon kurniaMu,
terima kasih ya Allah....




~NURULAINZAKARIA~
19 ialah angka yang menyeramkan