semua orang mesti tengah gumbira2, sebab dapat cuti hari jumaat semalam. sape yang tak hepi kann. lagi2 budak kmb. waaahh rase macam nikmat betui dapat cuti hari jumaat. ye lah, leyh 'qada'' tido, rehat2kan minda, balik rumahh, n macam2 agy leyh wat dapat extra cuti searyy nihh. hohoho. saye balik umahh, 'alergik udang'. so bercuti di rumah lah. =)
hahhh. bercuti2 jugak. tapi maybe ade terlupa kenapa dapat cuti. huhu. maulidirrasul =)
hmmm. semalam tengok alkuliyyah, best sangat ustaz-tak-ingat-nama tu elaborate pasal selawat. waaahh, simple je tajuk dia. 'selawat'. tapi, sangat banyak input. waaaaaa suka gila ustaz tuhhh.
macam2 dia cakapppp. camane nak memeriahkan lagi sambutan maulidurrasul?
hehehehe. senang sangat. dengan selawat, hadirkan diri dalam majlis ilmu.
Rasulullah selalu teringat kita, buat macam2 untuk kesenangan umatnya. tapi, kita je cam salu tak ingat baginda. huwaaaaa terkesan lah ngan ape ustaz-tak-ingat-nama cakapppp.
cuma nak kongsi ja...
selawat bermaksud doa agar Allah limpahkan rahmat pada Rasulullah.. Allah dan malaikat pun berselawat pada nabi. tapi, sama ke selawat Allah dan malaikat pada nabi? ehhh mestilah tak same. sebab selawat Allah pada nabi mksudnya, Allah limpahkan rahmatNya pada Muhammad. Malaikat pulak berselawat memohon agar Allah limpahkan rahmat pada Rasulullah.dan, kite jugak kena berselawat agar Allah limpahkan rahmatNya pada Muhammad. haaaaa, mesti ade gak orang cakap or terlintas kat ati cumel tuh, 'aish, nabi dah maksum, dah sempurna, dah lengkap sume, dah dijanjikann syurga, tapi kita pohon supaya Allah limpahkan lagi rahmat kat baginda? patutnya kita mintak untuk diri kitaaa..'
hmmm... ini jawapannya... Sabda Rasulullah, 'barangsiapa yang mengingati aku, menyebut namaku, maka dikurniakan rahmat Allah ke atasnya'.....
dan..
Allah cakap lagi, dalam surah al-Ahzab, ayat 21,
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
~Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.~
sekali selawat ke atas nabi = 10 kali Allah berikan rahmat pada kita...
dan, ustaz-tak-ingat-nama cakap lagi, pada hari akhirat, orang yang mendapat syafaat akan dapat berdampingan dengan Rasulullah...
dan (banyaknye dan?), hati cumel tertanya lagi, camana nak dapat syafaat?
jawapannya, jeng jeng jeng..... banyakkan SELAWAT =)
tiap kali terdetik dalam hati teringat Rasulullah, or terdengar nama Rasulullah, maka diwajibkan atas kamu untuk berselawat......
itulah pendapat keempat2 mazhab.....
kenapa wajib? sebab Allah suruh..... so, wajiblah hukumnya =)
ustaz-tak-ingat-nama cakap agy, dalam diri setiap orang, perlu ada kecintaan yang sangat tinggi pada baginda Rasulullah...... sebabtuh, perlu diwujudkan 3 cinta dalam diri;
1) cinta pada Rasulullah
2) cinta pada keluarga Rasulullah
3) cinta pada Al-Quran......
ade orang cakap, camane nak wujudkan cinta pada Rasulullah, hati cam da kebal, nasik dah jadik bubur, sebab dari kecik tak dikenalkan pada Rasulullah......
bubur leyh jadi nasik balikkk... dari sekarang kena tanamkan cinta pada Baginda, baca sirah baginda, kisah2 Rasulullah yang sangat beshhhh.
kalau nakkan idola, Rasulullah lah idola untuk sume perkara....
nak kata idola ntuk jadik pemimpin yang adil? pada Rasulullah lengkap sume....
idola nak jadik orang yang sabar? pada Rasulullah jugakkk sifat sabar yang sangat tinggi.....
mase Rasulullah beribadah di Thaif, baginda dibaling batu. baginda berdarah, sakit, hinggakan Baginda menitiskan air mata. Malaikat datang, berkata,' ya Rasulullah, kami sangat sedih melihat kau. izinkan kami untuk membaling batu2 di bukit ini kepada mereka, agar mereka merasakan ape yang kau rasa....'
tapi Rasulullah cakap, 'tak perlu...'
Baginda terus berdoa, 'ya Allah, kurniakanlah dalam kalangan anak-anak mereka golongan yang soleh'........
nak idola lelaki romantik? tengok je kisah Rasulullah dengan isteri2 baginda...
pada baginda, ade sume yang kita nak contohi..... =)
rasakanlah cinta pada Rasulullah, insan yang sentiasa mengingati kita...
klik SINI
terima kasih ya Rasulullah....
moga same2 kite berselawat ke atas nabi, moga mendapat rahmatNya, insyaAllah..
mulakan doamu dengan selawat, akhirinya dengan selawat juga =)
ya Allah, lembutkanlah hati kami untuk memujiMu dan berselawat ke atas kekasihMu,
Rasulullah Sallahu'alaihiwasalam. tetapkan hati kami, teguhkan iman kami....
ehhh, esok balik kolej! waaa emosi meronta2 kata tamauu balikkk. ngionggg.
babai! nak wat keja!
assalamualaikum =)
2 comments:
makin sayang dia..dan harap sentiasa menyayangi dia..
salam maulidurrasul juga!!!
hihi
btol2
mkin sayang dia
=)
same2 kita ingati dia sampai bila2
:)
sayang awak! heheh
Post a Comment