Thursday, August 13, 2009

Allah amat menyukai 3 perkara....
1) orang yang bersikap pemurah
2) orang yang rendah hati
3) orang yang bertaubat

tapi Allah lebih menyukai 3 perkara....
1) orang miskin yang pemurah
2) orang kaya yang rendah hati
3) orang muda yang bertaubat


"O Allah, forgive me all my sins, great and small, the first and the last,those that are apparent and those that are hidden...."


Sunday, August 9, 2009

tata sumer

yabedabeduuuuu. yeayy. ariny sumer balek kolejjj.
errrr,, kecuali sayer? hurmmm. except me. full stop.
selamat tinggal sumer orang. anda da tak bole layan fesbuk seaktif seminggu yang lepas nih.
hihihi. (kecuali saye juge)
selamat meneruskan perjuangan anda di IB!!
semoga anda sumer dapat buat yang terbaekkk. insyaAllah :)
bermula esok kehidupan makin busy kann.
ade MOCK intbiu n IELTS kann. (pelajar medic)
walau camner pun jangan luper panjatkan kesyukuran padaNya sebab dapat pulang ke KMB dengan selamat dan sihat, insyaAllah..
mintalah pertolongan dariNya supaya ditenangkan hati dan dipermudahkan segala urusan..
semoga dapat buat yang terbaik untuk intbiu nanti k? insyaAllah ^_^
bertawakkal padaNya..kerana Dia sangat menyayangi orang2 yang bertawakkal selepas berusaha.. :)
thank you Allah..
jage diri baik2 ea sumer orangg.
jangan nakal2! (kecuali saye agyyy) :p


When tasks are so heavy and your strength is no longer enough to carry them, dont give up!Where your strength ends, the grace of Allah begins!

.:: at -Talaq : 3 ::.
dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. dan barang siapa bertawakkal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.



Saturday, August 8, 2009

ari ketigaaa di wad

haihhh. macam biasaaakk. perkataan bosan tidak dapat menjadi antonim kepada kehidupanku di wad nih. hari ketiga, dan dah tiga malam. sebab saya masuk spital nih khamis kul 12.30 am. pagi ni sarapan roti dan susu. tadi pas subuh da tidur semula, menyebabkan saye terlupa makan sarapan pada waktu yang ditetapkan. lalu roti menjadik kerassssss. huwaaaaa. roti didatangi bersama-sama dengan air susu. saye suke susu, tapi tah nape tibe2 da masok wad nih hilang kegemaran terhadap susu. timbul kegemaran dan ketagihan pada piza hut yang rakan berikan arituhhh. huwaaaaaa. nak piza lagi bole takkkkk. takleh. dok senyap2 kat cnih pliz. jangan ngomel.
okeeeee...................................

pagi nih takde doc check lagi. nurse jeh. rindu plak nak doc check. (ngampu nak dapat makan piza lagi) haihhhh. doc check salah, tak check pun salah. ape kene aku nihhhhh. kalau doc check. saye suke sebab...
1) bole ngadu macam2. bole cakap sume je jenis saket on dat particular day.
2) bole tanya 'bila saye bole kluar?' banyak2 kali. sebab tiap2 kali diperiksa, doktor yang berlainan yang datang. hiihihi. nurse sudah bosan dengan soklan aku tuhh.
3) bole tanye, 'ape masalah xray saye doc', sebab jawapan tuh nurse tak bole nak jawab.
4) doc suke marah2. sebab saye degilllll, tak makan ubat on time. (haihhh. tu pun salah satu sebab ka) tah tak tahu. sukaaa sukiiiiii sukuuuuu. hehehe. sebab bila doc bebel2, sangat comelll. pastuh dia marah2 sket. tapi pastuh dia wat lawak. hihihi. rindu nak dengar orang buat lawak jeh sebenarnye -_-'

sekarang sangat tak sabar hati menahan nak jumpe tuan atau puan atau encik atau abang doktor. upsss. tak2. suma sudah kawin di sini, kecuali sorang doktor yang tengah wat housemanship tuhhh. dia agak garangg. huhuhu. semalam kene marah sebab pas smayang tak pakai semula tiub yang guna untuk masuk air. haihhhh. sory doc...

malam tadik agak sedih, pikiran ini buntu! puasku bertanya sana sini...
'kat mana saye nak tengok nurkasih, nurse?'

'awak xbole klua dari wad nih, wlopon ntuk tengok tb kat depan tuh.'

'tapi saye nak tengok nurkasih'

'sebab kami kasihkan awak la awak xbole kua dari sini'

aihhh. terima kaseh nurse. minggu lepas tak dapat tengok. minggu nih pun tak dapat. koyaaaaakkkkkkkkk hati. dok wad tuh buat la care dok wad. nih sume mende nak wat macam ade kat rumah.
tapiiiii, yang seronoknya, tepat kul 2 pagi, saye ternampak status ym seseorang. status tuh berkaitan pasal nurkasihhhhh. hihi. lalu saye pun bertanya agak macam2 pada dia. dia kata gi tengok kat tv3.com.my. da upload. tapi, kena register. hmmm. saye da try register kat tv3 tuh lebih 10 kali. tak berjaya, sebab emel tuh da digunakan, tv3 cakap la. pelikkk. sape plak lah yang gune emel saye wat register tv3 nihhh. haihhh. kukaciwa sebentar malam tadi. sebentar jeh, sebab rakan itu bagi pinjam username n paswod die kat tv3.com.my! yepiiiiii. sronok2. hihihi.
ouh, terima kaseh sangat2. puas mencarik jalan berfikir2 sampai kul 2 pagi camane nak tengok nurkasih. hahaha. tipu2. padahal melayan chatting dengan aimi amanina najhan. hammmpeehhhnye saye. :D :D sukaaa sukiiiii.......
dapat tengok nurkasih. hm tapi, yang tak seronoknya, tengah2 tengok, tertidoooooo.
huhuhu. memang gini le saye. tengok pape citer pon bole tido. okiessss. penat kot malam tadik. tipuuu. penat ape, tak buat keje. haihhh penat la, asek kene makan ubat jeh. pegang peket air bawak jalan ronda2 pun penat. hm ronda2 dalam wad ni jehhh ponnn. tapi tak kesah sume tuh, yang penting hajat hati terlaksana. hihihi. nurkasihhhhh. tadak suara, takleh nyanyi. oke tutup cter nurkasih.

semalam ngadu kat doc susah nak bernafas. hm pengajaran : tayah ngadu pape kat doc. sebab pastuh doc suruh nurse bagi saye sedut asap ke gas ke ape tah yang ade wap tuh. aih jadik cam angkasawan jap malam tadi. pastuh doc bagik ubat banyak2 lagi. tape la doc, saye memang talak suka makann ubat woooo. saye tak suke ubaattt. huhhuu.

papepun, alhamdulillah sangat, ariny rase makin bertambah segar daripada yang sebelum ni. thank you Allah. thanks kat nurse2 n doktor2 yang baik2 n sudi layan saye cakap banyak dan kuat mintak macam2. wat saye gelak lagi. thanx sangat2. ^_^

esok da nak balik kmb. ehem2. kecuali diri saye. semua orang balik kmb esok. saye sedih (ye ke). betoooolll. sedih sangat i cakap you. keje tak abesh lagiikk. huuhu. da, tak nak pk, kang btambah peninnnn. huwaaaa
:(

yeayy. makanan da sampai. macam menyelerakan. hihihi. nak makan dulu. nak join? mesti tanaak. tawuuu. lauk spitaaalll. korang sume makan lauk rumaaahh. huhuhu :(

kukaciwaaaa
-__-'

assalamualaikum...


Friday, August 7, 2009

2nd day di wad

huwaaa. pagi2 bangun da carik makanan. semalam ade seorang rakan menghantar pizza hut dan ayam goreng spicy. pizza hut habes ditelan malam tadik. tinggal la si ayam menunggu untuk ditelannn. dan akhirnya pada kul 5 pagi 7 ogos, ayam berjaya ditelan. :) saye pon tak tahu nape bangun2 jek saye rase sangat laparrrr. berbunyik2 perut. huhuhuhu~ naseb baik ayam elok lagik. hehehe. semua orang sedang lena dibuai mimpi yang konon2 indah pabila berada di wad, tapi aku sorang2 makan. huhu. semalam tak lalu makan nasik.

aku plek gak nape doc bagi makan makanan luar, rupenye semalam tuh jek boleh. sebab doc belum nak kaji 'bahan buangan'. arini doc nak sample bahan buangan, so start ariny tak leyh da makan makanan luarrr. tapi saye termakan pagi tadik. takpe, nanti buang balik. hehe. tadik nurse ingatkan, suruh buang kahak dalam bekas yang dia sediakan. saye batuk teruk pagi tadik, pe lagi, buang sume kahak dalam bekas tuh. hm ada sedikit darah. hehe. sronok gak tengok kahak berdarah. (ape yang seronok?) tah, tak tahu. hehe.

tanganku penuh dengan lobang2. memang setiap patient akan dicucuk tangan pada saluran vein, untuk masukkan ubat. tapi, aku sorang jeh, da 3 tempat aku dicucuk dekat tangan, sebab mende tuh asek tebukak. nurse pon cakap
"camne lah awak leyh asek tebukak jek mende nih, patient lain oke jek. tak saket ke tangan asek kene buat lobang?"
aiseyhhh, bukan kahak jek berdarah, aty pon berdarah dengar nurse cakap gitu. aku pon tak tahu nape mende tuh asek tcabut. maybe gaya tidur yang agak lasak cam nak berenang wat tangan aku terlanggar besi katil, n pastuh mende tuh tercabut, dan mengalirlah darah2 manja dari tanganku. seronok tengok darah mengalir. (lagi skali, ape yang seronok). hm tak tahu jugak, tapi ade perasaan seronok. bukan tangan saye tak saket, nurse...saket, bile nurse yang lain2 tukar lubang kat tangan nihhh. sakettttt. tapi nak wat camane, da nak tcabut.
saye tanye nurse, memang senang tcabut keh. nurse geleng. dia pon berkate "awak sorang jeh yang saye jumpe senang tercabut".
huhuhu. soryyyyy nurse. kali nih lubang tuh dekat belah kanan plak. semalam 2 kat sebelah kiri. pagi ni dia bertukar, sebelah kanan, menyebabkan kepantasan jariku menari2 di papan kekunci berkurang. agakk saket. huhuh. malam tadik, 10 bijik pil ditelan. woooo, pahet n besaw2 ubat dier! tapi nak wat camane, nurse tunggu sampai aku abesh makan sume pil tuhhh. talak selonok telan itu pil wooo. amaran keras : kepada sume pelajar kmb yang blaja medic, tayah masuk hospital sebagai patient seperti saye. masuk hospital nanti sebagai doktor oke. hehehe.

perit hidup bagai dalam penjara cinta. dah melaluttt. bukan penjara cinta, penjara hospital. ye la, pelawat tak dibenarkan masukkkk sama sekali walaupun hanya untuk melambai-lambai tangan atau berbalas senyuman hambar. huhuhu. tidak sama sekali dibenarkan masuk ke wad special ini, kecuali mereka2 yang memakai plastik itu, iaitu golongan nurse dan doktor. huhhu. ariny xray akan diambil lagi. semalam da 4kali amek xray. huhuh. saye tanye nurse, kenapa saye sorang yang kene amek xray bebanyak kali, orang lain tak de pon?
"sebab doktor kate xray awak tak bape cantek lagi keadaan die. tuh yang kene amek banyak kali".
haihhhh, meh saye cantekkan gune photoshop (tak penah tahu gune photoshop).
pape jek la doc, saye tunggu jek. hmmmm.

makin bosaaaannn. Al Quran pink peneman sepanjang mase. alhamdulillah, malam tadik tidur dengan sangat lena. lena sangat i cakap you. tidur kul 12, bangun kul 5, bangun2 terus selongkar makanan. hehehe. seronok mendapat tidur yang lena. susah tau nak lena kat hospital nih. huhuh. hospital segamat antara hospital yang menyeramkannn. huhuhu. saye suke terimagine macam2. ah jangan2! berenti imagine! haihhh, nak kua wad cepat2, nak buat keje, nak balik kolej (tol ke) huhuhu. bosaaaan. asek baring jehhhhh. tak dapat tengok cahaya matahari. ceh, lau panas, berlari2 tanak kene cahaya matahari, takut sunburn konon. yeah, sekarang aku sangat rindukan cahaya matahari. bersyukurrrrr nyer. thank you Allah. sekarang ade cahaya mata jeh. huhuhu.
pagi tadi doc cakap, ade sorang positif h1n1 da. die kat icu sekarang. can i c him doc? i tampar you. die dak mane tak sure. tapi kesian. semoga die sembuh. insyaAllah. hm nanti inspektor kesihatan akan gitau kolej saye yang saye sekarang di wad. alaaaa...nak balik kolej. huwaaaaaa.

pagi tadi nurse suruh tuka baju ospital. sebab saye sorang kat wad nih yang tak tukar2 lagi pakai baju spitaal kaler hijau nih. saye sorang yang still pakai sua jeans ngan baju nak gi jalan2 kat wad nih. saye tak suke baju hijau nih. tapi disebabkan baju saye cam nyusahkan doktor nak rawat, saye telah dipakse menukar baju ijau. oke doc. saye da tukaaaarrr.
jap lagi dyorang amek gamba lagi. eh tak. xray. saye tak payah gi bilik xray, orang yang buat xray datang kat saye bawak mesin besa tuh. haih, doc tuh cakap kt nurse semalam, "keep the patient here until i satisfied wif her xray". macam2 la mereka nihh.
dyorang baru anta sarapan nih. mihun goreng. nampak sedappp. tapi saye da makan ayam spicy kul 5 tadi uncle...hehe. nanti je la ek saye makan mihun goreng. :D :D

anddddd, doc sudah datangggg. untuk memberikan suntikan lagi. untuk check lagi. untuk marah patient yang degil lagiiiii. doc emo! huhuhu. saye sedang tunggu turn untuk diperiksaaa.

kat sini takde objek hitam bernama tv. malamni nak tengok nurkasih. huhu. katne nak tengok. so jap agy kene survey tanye nurse. saye la patient yang paling banyak tanye dalam wad nih. n soklan paling lazim tiap kali doc check ialah, 'bila saye bole kluar'.
nasib baik nurse2 sudi melayann. patient lain sume hanye mampu tidur. tapi saye tidak mampu tidurrr. huhuhu. doc,suara saya suda ilang woooo. bukan tahap penyanyi ella agy da, da memang suara hati jeh leyh dengar sekarang. suara saye da tersekat.

ok, da nak sampai giliran......................................................

alaq, trima kaseh tepon saye ^_^

Thursday, August 6, 2009

sehari di wad

siyesly, saye tak suke duduk di sini.
sangat tak suke. arggghhhh.
lapar. tapi saye memang tak telan roti pagi2. mintak maaf encik doktor.
anda kejut saye pagi2, tapi pagi tadi saye sangat tak sedar. mintak maaf, lambat sedar encik doktor kejot. encik doktor agak peramah. cakap macam2 kat saye. encik doktor baru abesh blaja upenye. ni housemanship dy. encik doktor cter macam2 kat saye tak nak bagi saye bosan semasa proses rawatan. tapi maaf, saye sangat ngantok pagi tadi, dan takde ape2 yang berkaitan dengan mood baik. huhu. maaf, doc. lain kali je k saye dengar sambungan celoteh anda. saye memang sangat xde mood nak bercerita macam anda.

suasana kat hospital memang sangat tak besh i cakap you. memang tak besh. bau ubat, bunyik kipas yang putar2 macam nak jatuh ke lantai, bunyik cicak n kadang2 selang seli ngn serigala ke anjing ke ape tah bile malam. ye, saye agak susah nak sesuaikan diri kat tempat baru, apetah lagi nak tdur malam dengan tenang di sini. huhuh. maaf pada sesiapa jek yang saye mintak teman saye berchatting malam tadik. saye memang tak leyh tdur. saye takut tdur sorang2. lagi2 kat hospital. semalam tanye doc, bole tak family nak teman malam, A BIG NO. huhu. oke. terpakse tdur sorang2 di hospital. pasnih janji kat diri sendiri tanak masuk hospital cmnih agy. huhu. tak suke tak leyh tdur malam. mengganggu tumbesaran bayi macam saye yang perlukan tdur 8 jam seary. haha. oke anda kate 'eeeeee'. tak kesah. saye tengah saket. tolong layan sume mende yang tak diterima akal.

bosaaaannnn. nak balik. nak buat keje yang bertimbun yang dah ditangguh2. padan muke sape suruh tangguh keje. kan da tak leyh wat sekarang. nak wat EE. huhu. ariny jeh, pagi ni jeh, da 4 doc check saye. amek darah agy. cucuk sane sini seperti diriku ini bagaikan kain yang hendak dijahet buat baju kurung pahang yang saye tempah kat amoi yang salah jahet baju tuuhh.
kene makan ubat besaw2. waaahh. saye amat tidak gemar ubat. tapi dipaksa makan depan doc sendirik, jadik terpaksa makan dengan hati separuh rela, walaupun sket je rela.
xleyh ade pelawat. arghhh. saye nak orang lawat saye. huhu. nak family datang sini lawat saye.
nak makanan dari rumah bole tak. takleyh. jangan nak wat ngade time genting ala2 genting highlands sekarang. tengah saket buat care saket. makan lauk spital, walaupun ia takde rase or takde sambal or sume takde. kene imagine ade sambal tumis, ade lauk pedas2 depan mate. kene makan lauk spital. kenaaaaaa. huwaaaaa.

di sebelahku ade tiang yang agak tinggi, yang lebih tinggi daripadaku, sedang setia memegang sepaket air yang tujuannya untuk dimasukkan dalam badan yang sedang ade virus influenza A maybe. ouh tiang. jangan tinggi2 sangat. susah nak capai paket air nak bawak gi toilet yang sebelah katil ni.

malam tadi agak susah nak tdur. agak sukar nak bernafas menyedut angin malam juge. pagi tadi gtaw doc, doc tengok xray saye, depan saye, berbincang depan saye, tanpe saye mengetahui apa-apa yang mereka cakap, sebab saye belum amek jurusan perubatan, baru persediaan. tekak ini agak sakit, lagi2 bila nak telan air. makan apatah lagi. tapi kalau ada ayam kfc sekarang rasenye boleh hilang sket saket tekak. tipuuuuu. oke saye tipu. huhu. tibe2 ngidam nak ayam kfc. ape kejadah nye nihhh ain. hm tak de jadah. nak gi jeddah. huhu.
sume orang kat wad spesel nih pakai mask. kecuali saye. sebab saye rimas. huhuhu. doc2 n nurse2 sume pakai satu set lengkap pakai plastik dari kepala sampai ke kasut macam kami nih saket sars or pape jeh yang bkaitan. tuh langkah jage2 la ain. huhuhu. tak macam kamu, pegi pc fair tak pakai mask, pegi timesquare tak pakai mask, pegi puduraya, tak pakai mask. topeng hikmat, maaf sebab diri ini maseh belum sudi menerimamu sepenuh hati.

huwaaaa. saye nak balik. tanye doc, bile bole kuar, sume jawab
"DPENDS. awak kene duk sini dulu, tunggu result dari jb, n pastuh baru decide leyh kua tak. keadaan awak sekarang tak benarkan kami kuakan awak dalam mase terdekat"
oke, trime kasih doc, untuk jawapan itu. hatiku koyaaakkkk. nak baleeekkk. maybe tak dapat balik kolej ahad nih. tekakku dah mule berdarah bile batuk2 manja. oke. sweet. tekak sangat saket. nak kluarkan sore yang agak comel pun dah susah. jadik bek duk diam2 ngn laptop nih. nasib baik dibenarkan bawak. huhu. (setelah adegan pujuk memujuk dan rayu merayu tanpa surat rayuan). bosaaan.
malamnih ade sesape lagi tak yang sudi nak teman saye ym? tak lame, sampai subuh jek. sebab pas subuh otomatik saye tertdur selepas diberikan ubat yang agak banyak cam nak dibuat koleksi. (anda sengal ainnn.) ye saye tahuu. -__-'

k la. nak rehat sebentar. penat gak xtdur 1malam nih. huhu. terima kasih untuk sume orang yang anta mesej kat saye, trime kaseh untuk concern anda thadap saye. saye da ade keditttt! leyh reply msg orang. hahaa. (masuk hospital, dapat la topup) huhuhu.


ya Allah, semua ini ada hikmahnya.
terima kasih ya Allah.
semoga hati ini makin dekat denganMu walau apa pun berlaku.

.:: al Baqarah : 115 ::.
~Dan milik Allah timur dan barat. ke mana pun kamu menghadap di sanalah wajah Allah. Sungguh, Allah Maha Luas, Maha Mengetahui~

terima kasih kerana masih lagi benarkan aku solat dengan sempurna, ya Allah.



saye ade sume simptom h1n1.. besh x.. huhu.. pakej lengkap :p

sye di wad

saye dalam wad sekarang
tadik baru masuk..
suspek h1n1..
huhu
berjaye bawak laptop nih
slpas pjuk doc2 yang garang
haihhh
smoge dapat kua cepattt
saye bosaaaannn
n takut tdo sorang2
huhuu

Wednesday, August 5, 2009

thank you Allah

ya Allah..
maafkan aku..

arituh kak pa'a bagi mesej..

"orang yang nak dekat dengan Allah lagi kuat Allah uji, sebab Allah nak tengok kesungguhan kite nak balik kepada Dia. Sabar dan kuatkan hati. Allah tahu
dan lihat kesedihan, n usaha tu"

ya Allah, aku sangat malu denganMu..

mende tuh ujian jek untuk aku..

hatiku, tolong sabar..

jangan kesahkan pasal mende tuh lagi..

biarkan mereka nak buat apa pun, n cakap apa pun..

yang penting Allah tahu..

n Allah takkan biarkan hati ini sedih dengan mende itu lagi..

ya Allah,

terima kasih......




when Allah drops needles and pins along your path of life,
dun step away.....
instead pick it up and collect them....
they were designed to teach you to be strong and wise....



.:: Fatir : 8 ::.
~Maka apakah pantas orang yang dijadikan terasa indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatan buruknya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Maka jangan engkau (Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka buat~

ya Allah,
tetapkanlah imanku..
janganlah Kau bolak balikkan hati ini..
amiin..




oit ain, jangan jadik kememe!
jangan lembik!
bangun cepat pegi makan!
saye demam. huwaaaaaaaa
tak lalu makan.
ade pape makanan yang leyh wat saye lalu makan x..
huhuhu
mak da marah sebab makan lambat.
xlalu makan la mak..
huhuhu
:(

mak=nenek

Tuesday, August 4, 2009

apa rasa?

tak tau nak rase ape. banyak sangat yang jadik minggu nih. aduish. sebab tuh tak brape suke nak cutih camni. huwaaaaaaa

tolongggg :(
benci2. kedit rm30 abesh dalam mase 2ary jek! nak salahkan sape??
diri sendirk laaaaa. kan da tak leyh nak topup sekaranggg.
duit da takde. tak dapat dah duit nak topup agy. dilarang topup selama 5hari.
tak kenal kedai topup selama 5hari. nice. nak kediiiitttt. mintak maaf bagi mereka yang saye tak reply pesanan ringkas anda yang panjang2 tuhhh. huhhu.
ouh itulah hukumannya. padan muke. padan muke diri sendiri laaaaa.

tadik da semangat2 nak beli baju raya. tapi before tuh, pegi kedai amoy yang mak tempahkan baju kurung pahang. then ingat tadik nak gi amek. pastuuuuhhhhhhh, tengok2 baju tuh amoi salah jahitttttt. huwaaaaaaaa. amoiiiiii.......... anda salah jahit baju saye.......
huhuhuh..beliau teramek ukuran baju orang lainnnnn.
da tak jadi da kurung pahangnyerrrrrr......
huhuhhuh... tadak mood nak beli baju raye ariniiii.
ditangguh pada lain hari. mintak maaf, mak.

mntk maaf amoyyy
anda tpakse ubah suai baju sayerrrr
sory, tapi mungkin anda tersilap ukur baju orang lain kaaannnn...
huhuhuh..
amoyyy.
saye kuciiiiwaaaaa.
makan kuih koci sambil ketawaaaaaa...
kukaciwaaaaaa
-__-'

kedit tadak, baju rosak, emosi tgangguuuuuuuuuu
huwaaaaaaa
didi........
nak jumper kamuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu



.::an-nahl : 126::.
~Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar~

ya Allah. ampunkan dosaku...
sesungguhnya aku insan yang lemah...

Saturday, August 1, 2009

hemagglutinin n neuraminidase

keadaan sekarang semakin gawat.
kolej saye tpkse ditutup seminggu gara2 influenza A yang semakin menular
semalam baru boleh balik rumah sebab kolej dipaksa tutup. tapi tuh bukan cuti free. mungkin akan diganti pada hujung sem.
setakat nih da 4 kematian yang dilaporkan di seluruh negara akibat H1N1.
dekat mane2 je nampak orang pakai 'topeng'. huhu. semalam mase umi jemput aku dari kolej pon umi suruh pakai topeng dalam kereta, takut aku ade virus tuh jugak, memandangkan kolej tuh da ade kes H1N1.

lpas balik dari kolej, umi trus bawak ke pusrawi (pusat rawatan islam) for swab test. sangat ramai orang menggu kat pusrawi, dan kesemuanya sebab kes demam! dan pesakit digalakkan memakai topeng. umi terus bawak aku masuk ke bilik khas yang digunakan untuk swab test, n umi gune 1 stik panjang, yang hujungnya ada cotton bud, (macam lidi korek telinga tuh, tapi panjang sket), n pastuh umi masukkan stik tuh dalam hidung aku, sampai stik tuh mencecah pangkal hidung aku, ntuk ambil sample fluid dari hidung. huwaaa. nak terbersin jeh.

alhamdulillah. influenza A negatif. antibody masih kuat. terima kasih ya Allah. memang aku sangat susah nak demam. 2tahun sekali baru demam. tapi salu saket mate. huhu.
untuk sume orang, anda digalakkan menjaga kebersihan dengan lebih teliti, n rajen2kan diri anda, selalu cuci tangan dengan sabun. pastikan kuku sentiasa pendek. amalkan 'social distancing'. ambil jarak dengan sesiapa saje, lebih2 lagi bagi mereka yang demam. dan, pastikan poket anda sentiasa ada tisu! jangan gune semula tisu yang da digune, oke? tayah berjimat cermat sekarangnih.

tapi, paling penting, kite same2 berdoa pada Allah, supaye virus nih xkan menular dengan serius lagi. semoga semua orang akan pulih seperti biasa. insyaAllah. anda digalakkan memakai topeng bile ke tempat yang crowded, ( e.g : PCFAIR KAT KLCC yang saye nak gi jap lagi). hehe. kene pakai topeng. xpe, bia orang tengok pelek, yang penting kesihatan terjaga. insyaAllah :)

kepada semua pelajar kmb, jage kesihatan anda. jangan terlalu rapat dengan mereka yang demam. amalkan pemakaian topeng, walaupon kat umah, n rajenkan diri basuh tangan selalu! bersin dan batuk pada tisu, n JANGAN GUNE SEMULA TISU TERSEBUT oke? ^_^ trus buang. insyaAllah, kte jumpe smula ahad depan. n insyaAllah, cutih nih berganti, akan diganti pada hujung sem, maybe...bak kata ustazah johaina. same2 kte doakan yang terbaik ntuk sume orang.

jage diri, jage hati, jage iman....


'setiap penyakit itu pastinya datang dengan ubat. mungkin masih belum diketahui cara rawatan dan penemuan, tapi, yang pasti, doa kepada Allah ialah yang terbaik. insyaAllah'
bagi mereka yang demam teruk, anda boleh ke hospital PUSRAWI (sebelah perpustakaan negara) untuk swab test, n, kalau test tuh positif, anda akan dibawa ke IMR untuk di'test' dengan lebih lanjut. 80% swab-test-mini di puswari itu tepat. anda akan diarah rujuk ke HKL, for further test jika keputusan swab test mini itu positif. tak semua klinik @ hospital yang ada swab test mini tu. buat masa sekarang, yang saye tau, ada di pusrawi n ampang puteri.


jage diri baik2 k. kalau demam, or batuk2 or selesema, trus pegi ke hospital. jangan tunggu lame2 baru nak gi hospital. jage kesihatan anda dan orang sekeliling anda. :)