Friday, April 1, 2011

......


dulu masa kecil2, selalu tanya ibu,


'ibu, dari mana duit datang?'

'duit datang bila kit kerja, ada usaha nak cari duit' - ibu jawab

tapi aku selalu tak puas hati dengan jawapan ibu, dan selalu membalas kat ibu,

'taklah ibu, duit datang dari Allah, kan semua benda datang dari Allah'

dan ibu mesti senyum lepas tu

aku rindu waktu itu, waktu yang mana aku dapat rasakan diri ini sangat innocent, dan sangat meyakini yang setiap perkara itu datang dari Allah SWT. tapi bila dah besar ni, tertanya-tanya diri, masih seperti itukah aku sekarang? T_____T bila teringat masa kecik2, tereflect waktu sekarang, akan keyakinan dan tawakal padaNya


wahai diri, bagaimana keyakinanmu padaNya sekarang?




=______='

semua orang cakap 'yakin pada Allah!'

tapi aku sedar, besar maknanya kata-kata itu. besar. besar. dan sangat meluas skopnya.

tapi, semoga diri ini terus berusaha berusaha berusaha meletakkan sepenuh keyakinan padaNya!

ya Allah, jangan Kau biarkan hambaMu ini hidup atas usaha sendiri. :(

takut kan kalau Allah dah tak nak tengok kita dan hdup kita seakan-akan atas usaha sendiri.

we need Allah, we need Islam.

yes. I need Allah. I need Islam. and I need support system.

alhamdulillah, banyak yang Allah ajar dalam hidup ini bila makin meningkat dewasa.

saya belajar bahawa kita kena terima sikap orang lain sebagaimana kita ingin diri kita diterima

saya belajar yang kita kena sentiasa positif pada Allah tidak kira apa jua ujian melanda

saya belajar usaha kita untuk exam itu bukanlah yang sepenuhnya akan menentukan resultnya, cuma usaha itu adalah jalan untuk kita capai redaNya.

saya belajar yang Allah itu sangat mementingkan usaha, walaupun sedikit, kerana Dia ingin melatih manusia bahawa dalam kehidupan ini tiada yang akan datang bergolek

saya belajar yang selepas usaha, tawakkal padaNya amat penting kerana setiap yang terjadi adalah dalam pengetahuanNya

saya belajar, yang saya perlu sabar! sabar sabar sabar. sebab kadang-kadang saya kurang sabar. maka banyak tarbiyah Allah itu yang mengajar saya untuk sabar

dan, saya belajar, DAKWAH ITU SATU KEPERLUAN, DAN MENGEJAR REDA ALLAH ITU SATU TUJUAN.



ya Allah, berbagai-bagai tarbiyah Dia berikan. tapi tak tahu adakah diri ini telah mampu melihat kesemuanya dari mata hati.

tapi yang pasti, hidup ini tiada kebetulan, melainkan semuanya telah ditetapkanNya, namun seterusnya disusuli dengan pilihan. benar, ujian Allah itu berbeza-beza untuk kita, tapi satu yang pasti sama, Dia mahu kita 'kembalikan' jiwa ini padaNya.



bagaimana hatiku dan hatimu sekarang?


adakah Dia masih lagi yang teratas? T___T moga Dia masih yang terutama, inshaAllah! wajib!

"Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu."
[at-Talaq, 65:12]

diri ini ingin mencapai suatu perkara, namun harap moga terus diberi kekuatan T_T

nurulain perlu terus berperang dengan diri sendiri! anda juga!

5 comments:

Ii said...

Hey Akak. nak share.

"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. Dan sesungguhnya usahanya kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. Dan sesungguhnya kepada Tuhan mu lah kesudahannya (segala sesuatu)" 53:39-42

Anonymous said...

"...ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan..."

Moga Allah redha setiap perjalanan hidup di dunia ini kerana pastinya, dunia menjadi tempat kita 'bercucuk tanam', akhirat sebgai tempat kita 'menuai hasil' berupa syuga, inshaAllah :)

Anonymous said...

I LOVE YOU!
FILLAH <3
May Allah keep guiding us all.
Keep. Moving. :)

aiN_z said...

itriah, akak rindu awak! :(

anonymous 1,
jazakillah. moga Allah reda setiap usaha. betul , kejayaan dakwah terpancar pada setiap perbuatan dan niat hati kita.. jazakillah ingatkan sy =)

anonymous 2,
iloveyou too =) fillah inshaAllah. (gtau nama len kali ye, bole keep in touch secara live. hihi)
ukhuwah fillah. =)

kehidupn ini perlu disandarkan untuk umat. nk syurga Allah! :') inshaAllah

Alia said...

love reading this... haha.. cutenye akak time kecik2 dulu. Btw, ingatkan ni blog muallimah sy, sbb nama sama.