Friday, March 11, 2011

rindu

diri ini pernah jatuh

pernah juga ingin berpaling arah

namun Dia sentiasa inginkan aku terus di jalanNya

subhanallah

mungkin diri ini tidak sehebat yang lain

yang mampu menghembuskan angin Islam itu dengan hebat

tapi aku ingin

turut sama berjuang di jalan ini

bersama-sama semua kembali padaNya

mungkin diri ini tidak layak untuk berkata-kata

tapi hati ingin berusaha

untuk meraih cintaNya

Allah..

sahabatku..

maafkan aku..

andai diri ini tidak lagi menyampaikan dengan sepenuhnya

maafkan diri ini..

jika ada yang tidakku lakukan seiring dengan kata-kataku

tapi hati ini tetap ingin berusaha

mengejar redaNya

dan bersama-sama kalian mencintaiNya

:(

kerana Dia mencintai kita

dengan sepenuh-penuh cinta

bila kita berduka,

luahkan padaNya

kau akan dapati Dia tunjukkan satu persatu kebesaranNya

kerana ingin menggembirakan hati yang lara

kerana Dia lebih mengenali diri kita,

lebih dari diri sendiri..

mari bersama-sama,

kembalikan jiwa padaNya...


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (An-Nahl:18) ♥


3 comments:

Anonymous said...

".....Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)" 7:126

InshaAllah, teruskan mengadu pada Maha Pencipa, pastinya, Dia akan memakbulkannya, pasti!!!

everjihad said...

sangat fahaam perasaan tu.. huhu

NORHAIZI said...

salam ain,

been through what u've been through(i think?)

jgn ada rasa tidak layak dalam diri ukhti,nanti forever ain akan rasa tidak layaknya aku berada di jalanNya.

tak semua org pandai berkata2, bt it takes lots n lots of practice to be good at.

moga ain setiasa bermuhasabah dalam segala hal insyaAllah.hows czech treating you.aseef sbb dh lama tak keep in touch dgn awk.