Friday, August 26, 2011

raya datang lagi! :D

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! :D alhamdulillah dapat berjumpa Sang Ramadhan lagi pada taun ni! :D

tinggal kurang dari seminggu kita nak beraya. kan? macamana ramadhan kali ni? ade sesuatu yang berbeza tak? ada perasaan berbeza tak?

dulu, lepas posa ja taksabar2 nak raya. nak kumpul duit raya. **sekarang pon nak duit raya lagi :D selagi masih berstatus anak dara dan masih belajar, sila hulur duit raya** :D

sekarang masa posa ja mesti taksabar2 nak kumpul amalan kan. taksabar nak kejar ampunan dan reda Dia. kan kan? dan taksabar jugak semua orang nak dapatkan Lailatul Qadar kan? alhamdulillah, dan inshaAllah saya yakin, semua orang juga mengharapkan Lailatul Qadar itu. bila tengok FB je, alhamdulillah, semua orang buat status tentang posa, Lailatul Qadar. alhamdulillah. inshaAllah semua status2 itu juga disandarkan dengan amalan untuk capai reda dan ampunanNya kan :) inshaAllah!

tahun ni jugak aku gembira, alhamdulillah, dapat beraya dengan keluarga. inshaAllah. moga Allah sampaikan waktu itu. inshaAllah. selepas 10bulan dok kat Olomouc, Czech Republic tu, balik je Malaysia bulan 6 haritu, amboi makan macam bertaun2 dok overc. lagi2 bila dapat sambal. ouh sambal is my febret :) alhamdulillah, walaupun Czech rep orang kata susah dapat makanan halal, tapi balik je rumah haritu family senyum je lihat 'perkembangan' dan 'kesihatan' anak mereka ni. ye la, bila susah nak dapat makanan halal, kita masak sendiri. bila masak sendiri, nasi kadang2 telebih masak macam ntuk dua hari punya. lepastu macam sayang pulak nak tnggu dua hari punya nasi takut2 tak habis bazir pulak. hihi.

kalau kat czech, kul 9pm je mata mesti dah ngantuk. akan layu semacam je kalau terlambat skit tido. kawan2 dah tahu sangat biological clock aku. tapi nak wat cmne dah takleyh tercontrol waktu tido. pastu akan bangun 2am++. pastu bejaga sampai pagi, n lepastu bole tengok effect dia masa aku kat kelas. aku akan sentiasa bersetuju dengan ape lecturer cakap. setuju sebab terzzzzzz. azam 2nd year : taknak 'setuju' salu sangat. T_T semoga anggukan itu adalah anggukan faham bukan sebab anggukan mimpi. inshaAllah. :D tapi balik malaysia, jetlag sangat sampai rasa ngantuk 24jam. ngada benar mata ni. tapi alhamdulillah lama2 dah ok. :) tapi balik czech akan terset masa tdo 9pm-2am+ lagi. T_T

dan 10bulan di czech rep, macam2 juga yang Dia ajar aku :) setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan ia tidak berlaku secara kebetulan. :) menjadi muslim di tempat asing adalah nikmatNya yang taktahu nak digambarkan macam mana. kalau di malaysia, kita melihat ragam manusia di malaysia, tapi di sana, kita belajar pula tentang ragam manusia di sana. penciptaan Allah itu berbagai-bagai. Dia memperlihatkan bagaimana manusia itu mempunyai pandangan dan pemikiran yang berbeza-beza, serta kepercayaan yang berbeza. dan pastinya, orang-orang di sana juga ada yang sedang juga belajar tentang Islam, dan subhanallah, ada orang czech yang beragama Islam, dan dia masih lagi belajar tentang Islam. :) subhanallah.

menjadi negara yang agak baru juga mencapai kemerdekaan dan sangat terdedah dengan media barat, adalah salah satu faktor mengapa orang di sana sering beranggapan salah tentang Islam. Tapi, bila ada orang barat yang memeluk Islam, kita akan rasa tersentuh sangat, akan rasa, ya Allah, dia telah mendapat hidayahMu! :') baru2 ni juga, ada slot Ini Kisahku di Tv9 kan. dan pastinya semua yang melihat slot ni rasa tersentuh, melihat perubahan para artis seperti Wardina, Sham Kamikaze etc. kita rasa macam nak menangis je bila tengok rancangan tu kan. tapi, sebenarnya, kita ni sendiri banyaaaaaaaaakkkkk sangat yang Allah dah beri taufik dan hidayahNya untuk kita berubah dari semasa ke semasa. cuma, mungkin kita yang terlepas pandang peluang itu, atau masih tak bersedia untuk menerimanya........refleksi untuk diri sendiri terutamanya.. kita selalu rasa sayu, tersentuh, touching, bila melihat orang berubah. alhamdulillah, hati masih dapat merasa kebesaran Allah :') tapi, sebenarnya, perasaan yang pelbagai yang datang dalam diri kita bila kita melihat perubahan orang itu juga adalah salah satu hidayah dariNya.. untuk membuka mata, hati dan fikiran kita untuk turut berubah.. subhanallah. hebat kan Allah, Dia gunakan psikologi bila handle dengan manusia ni. sebab Dia tahu, setiap orang, tarbiyah dia berbeza-beza. Ada orang nak kena cara macam ni, baru dia rasa Allah sedang tegur dia. ada orang pulak, kena cara camtu, supaya Allah nak dia rasa Allah sayang kat dia. :')

'dan apabila hamba-hambaKu bertanya padamu (Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya Aku dekat' ~al-Baqarah : 186.

dan bersempena hari2 terakhir ramadhan ini, nak ucapkan semua untuk terus berusaha pertingkat amalan agar dapat reda dan ampunanNya, dan jika malam Lailatul Qadar itu milik kita, maka sama2 ucapkan syukur padaNya, kerana Dia beri kita peluang untuk merasai satu malam yang penuh hikmah itu :') subhanallah alhamdulillah allahuakbar. make du'a inshaAllah :')

Aisyah bertanya kepada nabi saw: 'wahai Rasulullah, jika engkau mengetahui tibanya malam al-qadar, apakah yang engkau baca ketika itu?'
nabi menjawab, 'Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha Pengampun, Engkau suka memberi maaf, maka maafkan aku'

(HR atTarmizi, anNasai'e, Ibn Majah dll)

=)

bukanlah masa yang kita kira-kirakan, tapi amalan & persediaan itu yang kita renung-renungkan.. inshaAllah wa ameen.. moga Allah permudahkan..

1 comment:

Hidayatullah said...

slamat ari rye..maaf zahir batin..