Saturday, May 29, 2010

meow meow pon sayang anak kan?

Assalamualaikum. Arini saje2 nak meluahkan perasaan dalaman atau monolog dalaman yang memang dah lama terpendam dan tersimpan. Maaf, tapi harap tak menyinggung mana-mana pihak. Ini cumalah sekadar monolog dalaman yang ditintakan. =) Hah malam tadik tengo astro awani, dengar pasal seorang budak perempuan yang dikenakan hukuman penjara atas kesalahan membuang bayi. Ohh tergamam. Tatahu nak cakap ape. Hm mungkin ade sesetengah pihak akan cakap, ohh padan muka. Tulah sapa suruh buang anak. Berani buat beranilah tanggung. Mungkin itu andaian sesetengah pihak. Maaf jika tak betoi. Tapi mungkin separuh akan cakap. Eh kesian budak ni. Yelah kes dua tahun lepas dibuka semula dan baru dikenakan hukuman. Kesianlah, buatnya budak tu tengah belajar ke, ape ke, kesian kena terhenti camtu je. Itu mungkin andaian setengah pihak.


Tapi bukan itu yang saye nampak. Saye nampak semakin teruk masalah umat. Semakin teruk masalah dalam masyarakat kita ni. Semakin berbisa, sampaikan saye rasa takut sendirik. Tapi tatahu nak takut apa. Huhu. Yelah, bila hal camtu berlaku mungkin ada orang yang menyalahkan ibu bapa budak perempuan itu, tapi mungkin ada juga yang memaki hamun remaja itu, dan ada juga yang mengkeji si lelaki. dan munkin ada juga yang nk cakap, ‘alah, da takdir, nak wat camna, da tertulis keadaan akan jadik camtuh’. Ohhh bolehh pulop? Kalau boleh, tiap ari macam dah diwajibkan, setiap rancangan berita mahupun surat khabar mesti siarkan kes buang bayi. Sebabnya, tiap2 hari ada jek menda macam tuh jadik. Bayi dijumpai di tengah masjid lah, tengah jalan lah, mana2 je macam ade je bayi. Sampaikan kalau dikumpul bayi2 yang dijumpai tuh, da boleh buat macam jumlah pelajar universiti ramainya. Dalam hal camni, tak leyh nak blame dat gurl seratus pratus. Sebab mungkin dia tak ada ilmu dalam hal cmtuh, n mungkin dia terjerat dengan cinta (wah ayat) mungkin jugak dia dirogol, mungkin dia apa2 ja. Huhhhh. Pokoknya kita jangan lah terlalu bertindak serkap jarang dan cuma tahu menyalahkan orang.

Tapi kalau kita teliti, masyarakat sudah terbiasa dengan ‘mengubati’ daripada ‘mencegah’. Alah bak peribahasa, sudah terhantuk baru nak terngadah. Kadang2 kita kena teliti apa masalah sebenarnya yang mendorong kebejatan sosial (ayat cikgu raja hasni) ni berlaku. Mungkin kita terlalu nak mencapai economic growth, sampaikan seperti terlupa sekejap economic development. Mungkin kita asek terpaku dengan $$$$$$$ dan terlupa pulak nak terpaku dengan hubungan kekeluargaan. Saya sangat percaya, hubungan kekeluargaan menentukan sikap masyarakat. Sebab, sejak seorang bayi dilahirkan, guru pertama adalah suasana di rumahnya sendiri. Kadang-kadang pelik, banyaknya ‘kursus pelajar cemerlang’, ‘kursus kepemimpinan’ , ‘kursus pekerja berwibawa’ macam-macam kursus ada untuk memastikan kecemerlangan. Tapi, kenapa kurang sangat HAPPY FAMILY COURSE, KURSUS IBU BAPA TERHEBAT, KURSUS KELUARGA CEMERLANG. Hah ade la tuh nak cakap, ish ape pulak nih masalah anak2 nak salahkan ibu bapa pulop. Oke mintak maaf bukanlah nak memerli ibu bapa. Tapi rasanya ibu bapa sangat perlukan pengetahuan yang mendalam untuk mencorakkan anak-anak. Mungkin ade yang cakpa, alah ibu bapa perfect mana pon, terpulang pada anak tu jugak nak jadik hape. Oke itu betoi. Tapi, sekurang2nya kita dapat teliti masalah yang mungkin ibu bapa terbuat tanpa disedari, dan akhirnya boleh menyebabkan masalah sosial. (oke bukan kita,sebab saya bukan ibu atau bapa lagi)

Dan mungkin juga ada ibu bapa yang berkahwin awal, maka perlukan labih parental knowledge. Hah ade pulop yang cakap, sape suh kawen awal. Btol, tapi macamlah kawen pada umur yang sepatutnya dapat mendidik keluarga dengan cara terhebat? Aishhh manusia penuh dengan alasan kan. Pokoknya pemikiran perlu lebih matang sebelum nak ada keluarga. Persiapan perlu dilakukan sebaiknya. Perlu ada kefahaman yang mendalam dalam semua aspek. Bukan pakai redah je.

Apa yang saya lihat, masalah sosial sangat banyak bila manusia itu dikaburi dengan $$$$$, sampai terlupa nak berikan air tangan sendiri untuk anak-anak. Ohh maaf jika ade tersinggung pihak ibu bapa. Mungkin ada yang cakap, sibuk bekerja, tapi, anak anak dalam peringkat remaja sangat perlukan perhatian. Sebab remaja itu jiwanya dibiarkan kosong, agar dapat dia sendiri pilih bagaimana corak hidupnya selepas itu. Jadi remaja sangat perlukan guidance untuk memilih jalan kami. Mungkin ada yang cakap, alah boleh pilih jalan snirik, tapi still hubungan kekeluargaan satu elemen sangat penting dalam pembentukan masyarakat cemerlang. Bukanlah nak cakap $$$ tak penting, tapi janganlah sampai kita bertuhankan $$$$ dan lupakan ukhuwah kekeluargaan dan ketepikan hukum Allah.

Mungkin pelik kenapa saya tiba-tiba nak tulis macamnih, ade cakap ain dah nak kawen ke hapa. Ke ain salah seorang pembuang bayi? Ohhh tidaaakkkk!!!! tapi malam tadi lepas tengok berita tuh, rasa terpanggil sangat nak tulis camni, tah tiba-tiba. Mungkin sebab masalah sosial ni dalam kalangan remaja, dan saye pon sebagai remaja, yang satu hari insyaAllah bakal ibu juga nak semua dapat membuka mata masing-masing. Jangan kita terlalu sibuk dengan hal sendiri dan tak nak ambil peduli pun masalah remaja kita sendiri, kawan-kawan kita.

Buat kawan-kawan dan semua remaja dan saya sendiri. Alam remaja cuma sekali. Dan alam remaja jugalah yang mampu menentukan kehidupan kita seterusnya. Jage diri jaga hati jaga iman, insyaAllah hidup diberkati Allah dan mintak-mintak dijauhi denan perkara mungkar. sama-sama kita jaga hubungan dengan Allah dan keluarga. Bagi ex KMB 08 hah jaga diri leklok. Cuti ni kena dimanfaatkan sebaiknya! Yuhuuuu! kaum remaja termasuk saya, sila jaga diri leklok supaya tadak baby dibuang sana siniiii.

Ohh suratkabar tadik cakap da dapat tangkap budak umur 17tahun yang masih bersekolah yang tanam bayi kat stesen komuter. Tapi, satu penangkapan boleh buat kes buang anak berkurang tak? Huhhuhuu~

Suka surah Al-Anfal, bila Allah mengingatkan kita supaya menyiapkan diri dengan tiga persiapan penting,

IMAN, MATERIAL dan UKHUWAH.


SELAMAT BERBIRO TATA NEGARA =) ohhh saye perlu ke Kuala Kangsar untuk berBTN. huuuuu.

Luahan yang mungkin memboringkan. Huhuhu. Maaf.

suka kata-kata mak, rumah kata pergi, kubur kata mari. huhuhu

Saturday, May 22, 2010

=) alhamdulillah

ya Allah, syukur sangat. penantian 2tahun berakhir. alhamdulillah sumenye berakhir dengan baik insyaAllah. sekarang tengah tunggu umi datang amik, tapi amik kesempatan curik2 menulis. rasa sedihhh berpisah ngan sume orang. kawan2, thanks a lot sebab salu berada dengan saya. cikgu2, banyak berkorban ntuk kitorang. habis IB bukanlah bermaksud dah habis sumenye. tapi kehidupan baru je bermula, melangkah ke dunia luar.

satu cabaran baru.

satu pemandangan baru.

dan insyaAllah satu harapan baru.


semua orang da buat yang terbaik untuk exam IB, sekarang urusan Allah untuk berikan keputusannya. bismillahitawakkaltu'alallah =)
sama-sama kita doakan yang terbaik untuk semua orang.

dan buat rakan2 dan diri sendirikkk, sama-sama kita kuatkan diri di rumah! kat KMB, jiwa dah dididik untuk solat tepat pada waktunya, tapi jangan biarkan didikan tu hanya di KMB saja insyaAllah. Allah tidak hanya melihat kita sewaktu kita di KMB kan, tapi waktu kita kat rumah jugak. =)


yeaaahhhh nak tengok duniaa luarrrr =) akhirnya.
hehhee. jadi esok insyaAllah bakal berjalan2 dengan umi. yipiiii. n jumaat ni, ke kedah insyaAllah! =)


jom jom jom sama2 kita kurus2kan badan semulaaaa. hahaha. okeh kes tu untuk saya seoranggggg. huuuuuuu.
=l wasalam.