Monday, July 20, 2009

selamat hari jadi, sayang...

happy birthday to you..
happy birthday to you..

happy birthday to imi..

happy birthday to you..
hhehe.. adik aku, MUHAMMAD HILMI ZAKARIA @ imi, da selamat menyambut hari jadinya ke 12 pada 18 julai arituh tanpa kakak yang tercinta. (huhu. dia tak bape nak cinta saye) sob3. alhamdulillah. dia da besa. mintak maaf, tak bagik hadiah lagi kat kamu. insyaAllah nanti akak balik rumah akak bagi. terharu la sket bile bace post nih. hehe.

hm dulu mase kecik2, salu gaduh ngan die. bese la, aku lambat dapat adik. bile da umur 7taun, baru dapat die. perasaan cemburu masih membuak2 dalam hati dan sanubari yang tulus ini. aku selalu kena marah ngan ayah sebab salu cubit die tengah2 malam sampai lebam. padahal die baru lahir tak sampai 2minggu. ye, dulu memang sangat nakal. plus, bukan akak yang penyayang dulu. tapi DULU jekkk. haha. sekarang akak yang sangat baik hati + penyayang + bertanggungajawab :p

mintak maaf, untuk segala lebam2 di sana sini di tubuh itu...
mintak maaf, untuk segala air mata yang keluar dari mata itu...

mintak maaf, untuk segala kesaketan hati yang tak pernah terubat itu...

mintak maaf, untuk segala luka di badan itu mase kamu baru berumur 2tahun...
mintak maaf, sebab jarang sekali beralah dengan kamu...

mintak maaf, untuk segala kesabaran kamu...

mintak maaf, tak jadik akak yang baik dulu...
mintak maaf, untuk segala buli itu...

mintak maaf, selalu berebut paha ayam dengan kamu...


mintak maaf, untuk sumenye. alhamdulillah, sejak kamu da besar, kite makin rapat. terima kasih, jadi adik yang sangat baik.
terima kasih, ada dengan akak bile akak sedih. terima kasih, sebab selalu memahami. ^_^
insyaAllah, akan jadi akak yang terbaik, sebab ini je lah satu2nye akak kamu dik oiiii. tak de dah yang lainnn. d only girl in d family, hargai sket! haha. selamat hari jadi, sayang :)

thanx 4 everything! :)

'air dicincang takkan putus'
saya sayang kamu, bro!



ya Allah,
aku mohon padaMu,
berkatilah setiap apa yang dilakukannya..
permudahkanlah urusannya..
jadikanlah dia remaja yang hebat..
untuk agama, dan keluarga..
berikan dia kebahagiaan..
sucikanlah hatinya..
jauhkan dia dari perkara2 yang tidak sepatutnya..
semoga dia menjadi anak yang taat pada ibu bapaku..
semoga dia berjaya dalam UPSRnya..
semoga dia tabah hadapi segala ujian..
berilah dia kekuatan..
amiin..



Thursday, July 16, 2009

HISTORY?

"THOSE WHO CANNOT REMEMBER THE PAST ARE CONDEMNED TO REPEAT IT"
~SANTAYANA~

sejarah itu sungguh bermakna. belajarlah daripada sejarah itu, agar ia mematangkan diri kita, dan membawa kita ke arah yang lebih baik. situasinya mungkin berbeza, wataknya mungkin tidak sama, tetapi ianya perlu dipelajari, dan ambillah pengajaran dari situ, kerna sejarah itu tidak akan dapat membawa kita kembali pada masa yang lepas, tapi ia mampu membuatkan kita ke masa hadapan yang lebih baik. insyaAllah. hidup ini mungkin tidak akan berulang perkara yang sama, tetapi jika ia berulang kembali, ambillah pengajaran dari yang lepas. pastinya kesilapan yang lepas tidak akan berulang kembali, pastinya hidup itu akan lebih membahagiakan, dengan adanya reda Allah. insyaAllah. :) .

sedikit emo. xkesah ^_^

weekend ini bakal tiada di kolej lagi. bakal ke 'situ'. semuge pertemuan hati itu nanti membawa seribu makna...semuge pertemuan kasih dan sayang itu nanti membawa kita lebih dekat lagi denganNya....
amiin...

esok akan ke alamanda.... lusa ke sana....

doakan nurul ain zakaria segalanya yang terbaik, dengan izinNya.....


Sunday, July 12, 2009

usaha itu untuk siapa?



Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung yang bersaiz kecil dan comel terbang berulang-alik mengisi air di dalam paruhnya lalu menyiram ke ata api yang sedang marak membakar itu. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk2 Allah yang lain. lalu mereka bertanya pada burung kecil itu,

"nape kau penat2 amek air berulang-alik, sedangkan kau tahu api tu takkan terpadam dengan air yang dibawa dengan paruhmu itu"

lalu burung kecil itu menjawab,
"sememangnya ia takkan dapat memadamkan api yang sedang membara itu, namun itulah usaha aku untuk menyelamatkan nabi Allah, kerana Allah pasti akan bertanyakan padaku, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau tidak".

kalam Allah:
Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.
.:: Anbiyaa : 69 ::.

Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak dengan menghembus-hembus ke arah api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api itu akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api tersebut)

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

Usaha itu untuk siapa?
Jawapan : ALLAH S.W.T ^_^

Biarpun hasilnya tidak seperti yang diharapkan, namun Allah tetap melihat usaha itu. :)
Niatkan setiap perkara yang dilakukan itu kerana Allah, nescaya mendapat rahmatNya. insyaAllah.

lalala~ kawan2, ingat ape kak izi cakap arituh oke. :) buat semuanya sebab Dia. InsyaAllah, Dia permudahkan semua. huhu. lame xjengok blog sndirik. sekarang kat uma, balik esok, saket mate nih. huhu. tibe2 mate bengkak sebelah cam kene tumbok dengan Incredible Hulk. huhu. tapi syiok. dapat mc. hehe. so senin baru balik kolej TERSAYANG.
yamito, saye saket mate lepas saye tido dengan teddy bear awak tuh. huhu. lupe lak, alergik bulu. sedap2 jeh tido plok2 teddy bear orang lain. hehe. btw, thnx yami! yeahhh. kak pa'a, sory telupe nak pulang chedet.com. huhu. semalam terus balik uma. 

thnx akak2, sudi datang kmb untuk Point Of Inflection. semuge P.O.I membawa seribu makne untuk adik2 junior yek. insyaAllah. :)

nadirah. jangan online jek. ^_^ diz wik tengok nurkasih same2 oke. heheh ;p
aymanadea, be patient. tinggalkan sume mende lpas tuh oke. no more thinking of such things, oke? be strong! ingt Allah slalu