Sunday, December 16, 2012

Madu itu nikmat

Ada seorang hamba Allah, jalan2 dalam hutan, lepastu terjumpa dengan harimau. Dia pun lari, dan lari, dan lari lagi, sambil berdoa agar terselamat dari dtangkap harimau. Dia lari sampailah terjumpa satu perigi. Dia pun turun ke dlm perigi, tapi tak terjun sampai dasar, sebab kt tapi wall perigi dalam tu, ada timba dan tali tu, so dia pun berdiri sangkut pada tali tu, dan diri atas timba tu. Tiba2 dia dengar pulak bunyi berkocak2, sekali tu dia tengok bawah, ada dua ekor buaya. MasyaAllah! Lagilah nervous! tapi harimau masih lagi menunggu di atas perigi!Bak kata pepatah, diluah mati emak, ditelan mati bapak (betul ke peribahasa ni).Tapi pastu dia teruskan berdoa dan berdoa. Tapi dia masih lagi usaha nak selamatkan diri. Lepastu, bunyi pulak 'kciik kciiik'! rupanya tikus putih dan hitam! yang keluar dari wall perigi tu, dan menggigit tali yang dia sedang berpaut tu! Lagi lah dia nervous dan tak tahu nak wat pe. Dia teruskan berdoa juga supaya dia terselamat. Tiba2 dengar bunyi 'zzzzz zzzzz'. hihi datang pulak lebah! makin berpeluhlah si hamba Allah ni tadi! tapi lebah tu bawak madu! =D dan madu2 tu terjatuh ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi, dan membuatkan dia terlupa terus semua bahaya yang sedang menimpa dia seb.

 Apa kaitan cerita ni dengan hidup kita?
 
Harimau tu represent maut yang akan sentiasa mengejar kita. Kita tak pernah tahu bila kita akan pulang menemui Ilahi.

Buaya tu represent malaikat Mungkar dan nakir yang akan menyoal kita selepas kita pulang pada Pencipta kita

Tali tu represent jangka hayat hidup kita.

Tikus malam dan putih tu pula represent siang dan malam yang sentiasa makan jangka masa hidup kita, sebab siang dan malam berlalu, makan jangka hidup kita juga semakin berkurang. kan

Dan cuba teka lebah tu represent ape? Lebah tu represent nikmat hidup.

 Kekadang, nikmat hidup yang kita dapat, buatkan kita terlupa akan semua perkara yang menunggu kita, which is maut tu sendri, persoalan mungkar nakir, kita terleka dengan nikmat hidup hingga terlupa jangka hayat kita semakin pendek. Kita terus lena dibuai nikmat hidup hingga terlupa tujuan sebenar kehidupan ini untuk berjumpa Allah di akhirat kelak. 

Ujian itu boleh jadi nikmat hidup atau kesusahan dalam hidup ini. Tapi, teruskan kuat memghadapi ujian, kerana ujian itu sebenarnya adalah jalan untuk kita bertemu Allah dalam keadaan yang terbaik. Allah sedang membina iman dan kekuatan dalam diri manusia melalui ujian yang Dia berikan. Mari teruskan berdoa dan berusaha, kerana Allah Taala. Dia akan membantu. Pasti, inshaAllah! 

♥♥♥

Allah, jadikan kami antara hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu, bersyukur dengan kurnia dariMu, dan jadikan kami lebih kuat untuk menghadapi setiap ujian yang telah Kau tetapkan untuk kami ya Allah. Kami mohon keampunan dariMu, mohon dibuka hati ini untuk mudah menerima petunjuk dan hidayahMu. Bantulah kami , Allah. Ameen.

'Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.' ~Al-'Ankabuut : 29~