Thursday, January 5, 2012

malam

malam yang esoknya ada exam. ye. sekarang. malam ini.

lapar, sehari menahan lapar. konon nak fokus study =_='

tepat 12malam, masak mi bandung.




alhamdulillah. jom study? ( T__T )



perut perlu diisi. jaga hak perut anda, tapi jangan berlebihan. cakap ntuk diri sendiri ^^

ade beg cordoba ^^
nanti ea kita cakap pasal spain ^^



Daripada Jabir bin Abadullah r.a., dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda

tiga hari sebelum kewafatannya (maksudnya):

“Jangan seseorang kamu mati kecuali

dalam keadaan dia bersangka baik kepada Allah ‘Azza wa Jalla.”

Riwayat Muslim.

Ertinya apabila dia telah berbuat kebaikan, maka hendaklah dia bersangka

baik dengan meletakkan harapan bahawa Allah akan menerimanya.



doakan saya exam esok! usaha sungguh2 + doa sungguh2 + tawakal sungguh2 ain!!

kn Allah suka, kalau, sume menda kita wat sungguh2 kan?

Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya Allah menyukai jika seseorang

melakukan sesuatu perbuatan secara Itqan atau bersungguh-sungguh

(sempurna).”


(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Monday, January 2, 2012

rindu

lama sangat2 dah tak update blog. bila baca semula post2 lama, rasa macam esh budak2nya cara aku menulis! huuhu. tapi macam tu lah diri aku. orang akan nampak aku macam matang (nampak sangat muka tua) tapi sebenarnya.. err orang yang rapat je tahu camne aku sebenarnye. esok inshaAllah ade test neuroanat, credit test. tak habis baca lagi! baru balik berjaulah dari Spain. er tapi belum rasa nak cite pasal Spain. nanti2 eah. nak cite perasaan sekarang.

tapi act tak tahu jugak tengah rasa ape. sunyi. semua orang dah tido. aku pulak tak leyh tido. dah melantak old town coffe arina. n nak kena sambung study pasni. tapi bila malam2 camni, rasa hati nak mencari sesuatu. rasa rindu. rindu pd Dia. rindu pd diri yang dulu, yang sentiasa rasa ada Dia. kadang2 terfikir, mana hati ni. mana hati. camna nak basahkan hati semula. rindu sangat perasaan mula-mula dapat tarbiyah dulu. iman turun naik. yup. tapi tak boleh biarkan iman terus menurun dengan kadar yang lebih teruk dari sebelumnya. ya Allah. aku nak semula perasaan itu. rasa basahnya hati bila ingatkanMu. ampunkan dosaku. nak kembali padaNya.

alhamdulillah dah tahun baru. 2012. usia pun makin meningkat. kematangan pulak? er tu kena lihat sendiri pd cmna kita melihat setiap perkara dari sudut kaca mata tarbiyah. bertambah tahun, bertambah usia, tapi kematangan bukanlah dikira dari angka semata. kan? ia dikira dari sejauh mana kita melihat usia kita telah pun membawa kita lari dari kepompong jahiliyah, sejauh mana usia itu membawa kita, berubah ke arah yang lebih baik, sejauh mana, usia aku dan kau telah pun diberkati Allah, membawa aku dan kau melihat perkara dari sudut kaca mata tarbiyah. itulah kematangan. bagaimana pengalaman lepas mengajar kau dan aku untuk terus kuat dan berubah menjadi yang lebih baik. aku cuma insan biasa, penuh dengan dosa, tapi, aku nak kembali pada Dia Yang Maha Esa. Allah. Allah. Allah. bukalah hatimu, untuk terus menerima tarbiyah dariNya. ya Allah. bantu aku, dan bantulah seluruh umat Muhammad ini ya Allah. kami semakin sesak. sesak dada kami dengan jahiliyah. tariklah kami keluar dari kesesakan ini kepada ketenenangan mengingatiMu ya Allah.

pergilah ke mana pun,

buatlah apa pun,

asalkan ia membawa kau dan aku,

kembali tunduk merendah diri padaNya..

inshaAllah aku bukanlah insan terbaik untuk berkata-kata, tapi moga diri kau dan aku yang membaca terus dikurniakan rahmat dariNya, dan moga hati ini terus terbuka untuk menerima tarbiyah dariNya. dan, moga iman aku dan kau yang sedang membaca ini bertambah, selari dengan amal.

akhir kata, selamat tahun baru. selamat bermujahadah dengan keazaman yang baru. dan moga, hari-harimu penuh dengan reda dariNya.

Allahughayatunna.


Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)


moga hatiku dan hatimu terus tsabat di atas jalan ini, dan mujahadah lah. itulah kuncinya.ya Allah, temukan hati kami semua dalam keimanan kepadaMu. ameen ya Rabb.