Tuesday, May 17, 2011

oksigenku



“Tidaklah duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah ‘Azza wa Jalla melainkan dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri r.a.)

usrah membentuk diriku. dan juga dirimu di luar sana. walau kita rasa sekeliling bagai tidak seperti yang kita harapkan, tapi siapa kita untuk menolak tarbiyah Allah untuk kita pada ketika itu siapa aku untuk kata sekeliling ku tidak membantuku?? astaghfirullah. muhasabah diri benar-benar bantu kita refleksi diri. alhamdulillah. keberkatan itu pada jemaah. keberkatan itu datang bila kita bersama-sama beramal. alhamdulillah. perkara baru lagi aku belajar dalam hidup ini. syukur pada Allah yang telah beri peluang ini.


usrah memperluas pemikiran, memperbaiki peribadi. beruntunglah kamu bila kamu berada dalam usrah. sentiasa diperingatkan dengan ayat-ayat Allah. diperingatkan akan syurga neraka. bukankah itu tanda Allah sayang kita? tak cukup lagikah nikmat ukhuwah dalam usrah itu buat kita rasa dihargai dan belajar menghargai? tak cukupkah ilmu akhirat itu menjadi satu kepuasan untuk kita?
usrah itu oxygen, satu keperluan. Satu jambatan ke syurga, pabila ia membuahkan amal, inshaAllah. efek usrah hanya bermula selepas usrah. walau sudah berada lama dalam usrah, kini baru aku belajar untuk benar-benar menghargai usrah. subhanallah. tarbiyah Allah. berbeza-beza, dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. terima kasih ya Rabb.

gerakkan tubuh dan hati untukNya,

pasti Dia gerakkan himmah menuju syurgaNya..


mode: refleksi diri. sempena Hari Guru, selamat hari Guru buat semua guru2ku, dan selamat hari guru buat kakak-kakak usrahku. jazakumullahu khairan katheera atas segala ilmu dan peringatan. moga Allah reda :')