subhanallah. ujian datang dan pergi. silih berganti.
kadang diri lemah, kadang diri bangkit semangat.namun, hanya padaNya segala pengharapan perlu diletakkan..
"hidup ini tiada kepastian, melainkan kematian"...
moga Allah ampunkan diri ini yang kadang kala tidak sedar akan hikmah di sebalik ujian..
ujian itu indah..jika semuanya dikembalikan padaNya.. subhanallah..
hati ini pernah mencintaiNya yang teramat sangat suatu ketika dulu, moga hati ini terus berusaha mencintaiNya sepenuh hati..
kadang kita lihat sekeliling bagaikan segala-galanya bagi kita..
namun kita terlupa, semua ini tiada kepastiannya..
tiada ketetapan yang sebenar-benarnya..
kadang apa yang diharapkan tidak menjadi seperti yang diimpikan..
kadang apa yang disukai tidak dapat dimiliki..
kadang apa yang dipinta belum ditunaikan..
moga diri sentiasa melihat di setiap sesuatu itu dengan pandangan mata hati..
melihat semuanya dari Sang Pencipta..
terima kasih ya Allah
kerana mengingatkan aku..bahawa hidup ini hanya sementara dan cuma Kau pemilik segalanya..
kembali padaNya..sebaik-baik cara..
moga perjuangan akan diteruskan, diiringi kekuatan dariNya.. :')
orang kata, tahun baru mesti ada azam baru. tapi bukankah azam itu perlu dibuat setiap hari? kerana diri itu imannya turun dan naik. keazaman berlandaskan keimanan itulah sebaik-baik azam, disertai niat kerana Allah.
KepadaNya jiwa ini kembali.....
moga terus diberi kekuatan....