Saturday, December 18, 2010

rapuh



Diri ini mungkin bukanlah yang terbaik untukNya..
tapi ingin sentiasa dilihatNya..

Diri ini mungkin bukanlah yang sentiasa menghiburkanNya..
tapi punya impian untuk menggembirakanNya..

moga hati ini terus kuat..

di tempat baru..

suasana baru..

ujian baru..

keinginan yang baru..

impian yang baru..

hala tuju yang baru..

ya Allah..berikan diri ini kekuatan.. kerana diri ini sangat lemah.. tidak layak mengharapkan segalanya yang terbaik dariMu..tapi ingin terus mengejar cintaMu..izinkan daku... :(

Alhamdulillah..10/11 meningkat umurku. 20. di tempat baru, suasana baru. lain dari sebelmnya, sangat berbeza. Olomouc, Czech Republic. ya Allah! aku memang tidak pernah impikan untuk sampai ke sini. tapi dengan kehendakNya, aku pergi ke sini. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ya Allah..dengan rahmatMu, aku dapat mengenalMu dengan lebih dekat.

aku dapat merasa nikmat saljimu dengan tangan yang Kau kurniakan ini ya Allah..

Aku dapat melihat bagaimana Kau mempelbagaikan kejadian manusia itu..
Subhanallah..
Kalau ditanya, apa yang best blaja oversea, apa beza ngan belajar Malaysia, tidak lain hanyalah nikmat Allah itu dapat dirasa dalam keadaan yang berbeza..tidak kira sama ada yang di Malaysia atau oversea, Allah tidak melihat itu.. tapi Dia melihat pada hati-hati kamu..

Tak terkira banyaknya nikmatNya yang Dia kurniakan,
Tak terhitung betapa besarnya kuasaNya,

Semuanya hanyalah dari Dia..

Dia menentukan segalanya untukku dan untukmu rakan-rakanku :)..

tapi diri ini sering terlupa.. sering terjatuh..
tapi ya Allah, moga diri ini terus kuat dan bangkit!

kerana Allah sentiasa merindukan kita. kerana Allah sentiasa bersama kita. kerana Allah sentiasa melihat kita. kerana Allah sentiasa mendengar rintihan hati ini.

kerana Dialah segala-galanya..

sejauh mana jiwa itu pergi dari asalnya,
ia pasti akan merindukan kembali Penciptanya..

moga 6tahun seterusnya membawa aku lebih dekat denganNya,
menetapkan imanku padaNya,
membuatkan aku lebih bersyukur padaNya..

inshaAllah

^_^

nurulainzakaria,
1st yr medicine,
Palacky University,
Olomouc, Czech Republic




1 comment:

Farzan said...

stlh brape lama xupdate
like the post though~
^_^