nabi menjawab, 'Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha Pengampun, Engkau suka memberi maaf, maka maafkan aku'
Friday, August 26, 2011
raya datang lagi! :D
nabi menjawab, 'Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha Pengampun, Engkau suka memberi maaf, maka maafkan aku'
Tuesday, May 17, 2011
oksigenku
“Tidaklah duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah ‘Azza wa Jalla melainkan dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri r.a.)
usrah membentuk diriku. dan juga dirimu di luar sana. walau kita rasa sekeliling bagai tidak seperti yang kita harapkan, tapi siapa kita untuk menolak tarbiyah Allah untuk kita pada ketika itu siapa aku untuk kata sekeliling ku tidak membantuku?? astaghfirullah. muhasabah diri benar-benar bantu kita refleksi diri. alhamdulillah. keberkatan itu pada jemaah. keberkatan itu datang bila kita bersama-sama beramal. alhamdulillah. perkara baru lagi aku belajar dalam hidup ini. syukur pada Allah yang telah beri peluang ini.
usrah memperluas pemikiran, memperbaiki peribadi. beruntunglah kamu bila kamu berada dalam usrah. sentiasa diperingatkan dengan ayat-ayat Allah. diperingatkan akan syurga neraka. bukankah itu tanda Allah sayang kita? tak cukup lagikah nikmat ukhuwah dalam usrah itu buat kita rasa dihargai dan belajar menghargai? tak cukupkah ilmu akhirat itu menjadi satu kepuasan untuk kita? usrah itu oxygen, satu keperluan. Satu jambatan ke syurga, pabila ia membuahkan amal, inshaAllah. efek usrah hanya bermula selepas usrah. walau sudah berada lama dalam usrah, kini baru aku belajar untuk benar-benar menghargai usrah. subhanallah. tarbiyah Allah. berbeza-beza, dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. terima kasih ya Rabb.
gerakkan tubuh dan hati untukNya,
pasti Dia gerakkan himmah menuju syurgaNya..
mode: refleksi diri. sempena Hari Guru, selamat hari Guru buat semua guru2ku, dan selamat hari guru buat kakak-kakak usrahku. jazakumullahu khairan katheera atas segala ilmu dan peringatan. moga Allah reda :')
Friday, April 1, 2011
......
dulu masa kecil2, selalu tanya ibu,
'ibu, dari mana duit datang?'
'duit datang bila kit kerja, ada usaha nak cari duit' - ibu jawab
tapi aku selalu tak puas hati dengan jawapan ibu, dan selalu membalas kat ibu,
'taklah ibu, duit datang dari Allah, kan semua benda datang dari Allah'
dan ibu mesti senyum lepas tu
aku rindu waktu itu, waktu yang mana aku dapat rasakan diri ini sangat innocent, dan sangat meyakini yang setiap perkara itu datang dari Allah SWT. tapi bila dah besar ni, tertanya-tanya diri, masih seperti itukah aku sekarang? T_____T bila teringat masa kecik2, tereflect waktu sekarang, akan keyakinan dan tawakal padaNya
wahai diri, bagaimana keyakinanmu padaNya sekarang?

=______='
semua orang cakap 'yakin pada Allah!'
tapi aku sedar, besar maknanya kata-kata itu. besar. besar. dan sangat meluas skopnya.
tapi, semoga diri ini terus berusaha berusaha berusaha meletakkan sepenuh keyakinan padaNya!
ya Allah, jangan Kau biarkan hambaMu ini hidup atas usaha sendiri. :(
takut kan kalau Allah dah tak nak tengok kita dan hdup kita seakan-akan atas usaha sendiri.
we need Allah, we need Islam.
yes. I need Allah. I need Islam. and I need support system.
alhamdulillah, banyak yang Allah ajar dalam hidup ini bila makin meningkat dewasa.
saya belajar bahawa kita kena terima sikap orang lain sebagaimana kita ingin diri kita diterima
saya belajar yang kita kena sentiasa positif pada Allah tidak kira apa jua ujian melanda
saya belajar usaha kita untuk exam itu bukanlah yang sepenuhnya akan menentukan resultnya, cuma usaha itu adalah jalan untuk kita capai redaNya.
saya belajar yang Allah itu sangat mementingkan usaha, walaupun sedikit, kerana Dia ingin melatih manusia bahawa dalam kehidupan ini tiada yang akan datang bergolek
saya belajar yang selepas usaha, tawakkal padaNya amat penting kerana setiap yang terjadi adalah dalam pengetahuanNya
saya belajar, yang saya perlu sabar! sabar sabar sabar. sebab kadang-kadang saya kurang sabar. maka banyak tarbiyah Allah itu yang mengajar saya untuk sabar
dan, saya belajar, DAKWAH ITU SATU KEPERLUAN, DAN MENGEJAR REDA ALLAH ITU SATU TUJUAN.
ya Allah, berbagai-bagai tarbiyah Dia berikan. tapi tak tahu adakah diri ini telah mampu melihat kesemuanya dari mata hati.
tapi yang pasti, hidup ini tiada kebetulan, melainkan semuanya telah ditetapkanNya, namun seterusnya disusuli dengan pilihan. benar, ujian Allah itu berbeza-beza untuk kita, tapi satu yang pasti sama, Dia mahu kita 'kembalikan' jiwa ini padaNya.

bagaimana hatiku dan hatimu sekarang?
adakah Dia masih lagi yang teratas? T___T moga Dia masih yang terutama, inshaAllah! wajib!"Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu."
diri ini ingin mencapai suatu perkara, namun harap moga terus diberi kekuatan T_T
nurulain perlu terus berperang dengan diri sendiri! anda juga!
Friday, March 11, 2011
rindu
pernah juga ingin berpaling arah
namun Dia sentiasa inginkan aku terus di jalanNya
subhanallah
mungkin diri ini tidak sehebat yang lain
yang mampu menghembuskan angin Islam itu dengan hebat
tapi aku ingin
turut sama berjuang di jalan ini
bersama-sama semua kembali padaNya
mungkin diri ini tidak layak untuk berkata-kata
tapi hati ingin berusaha
untuk meraih cintaNya
Allah..
sahabatku..
maafkan aku..
andai diri ini tidak lagi menyampaikan dengan sepenuhnya
maafkan diri ini..
jika ada yang tidakku lakukan seiring dengan kata-kataku
tapi hati ini tetap ingin berusaha
mengejar redaNya
dan bersama-sama kalian mencintaiNya
:(
kerana Dia mencintai kita
dengan sepenuh-penuh cinta
bila kita berduka,
luahkan padaNya
kau akan dapati Dia tunjukkan satu persatu kebesaranNya
kerana ingin menggembirakan hati yang lara
kerana Dia lebih mengenali diri kita,
lebih dari diri sendiri..
mari bersama-sama,
kembalikan jiwa padaNya...
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (An-Nahl:18) ♥
Thursday, January 6, 2011
hidup ini atas ketidakpastian
namun, hanya padaNya segala pengharapan perlu diletakkan..
"hidup ini tiada kepastian, melainkan kematian"...
moga Allah ampunkan diri ini yang kadang kala tidak sedar akan hikmah di sebalik ujian..
ujian itu indah..jika semuanya dikembalikan padaNya.. subhanallah..
hati ini pernah mencintaiNya yang teramat sangat suatu ketika dulu, moga hati ini terus berusaha mencintaiNya sepenuh hati..
kadang kita lihat sekeliling bagaikan segala-galanya bagi kita..
namun kita terlupa, semua ini tiada kepastiannya..
tiada ketetapan yang sebenar-benarnya..
kadang apa yang diharapkan tidak menjadi seperti yang diimpikan..
kadang apa yang disukai tidak dapat dimiliki..
kadang apa yang dipinta belum ditunaikan..
moga diri sentiasa melihat di setiap sesuatu itu dengan pandangan mata hati..
melihat semuanya dari Sang Pencipta..
terima kasih ya Allah
kerana mengingatkan aku..bahawa hidup ini hanya sementara dan cuma Kau pemilik segalanya..
kembali padaNya..sebaik-baik cara..
moga perjuangan akan diteruskan, diiringi kekuatan dariNya.. :')
orang kata, tahun baru mesti ada azam baru. tapi bukankah azam itu perlu dibuat setiap hari? kerana diri itu imannya turun dan naik. keazaman berlandaskan keimanan itulah sebaik-baik azam, disertai niat kerana Allah.
KepadaNya jiwa ini kembali.....
moga terus diberi kekuatan....
Saturday, December 18, 2010
rapuh
Diri ini mungkin bukanlah yang terbaik untukNya..
tapi ingin sentiasa dilihatNya..
Diri ini mungkin bukanlah yang sentiasa menghiburkanNya..
tapi punya impian untuk menggembirakanNya..
moga hati ini terus kuat..
di tempat baru..
suasana baru..
ujian baru..
keinginan yang baru..
impian yang baru..
hala tuju yang baru..
ya Allah..berikan diri ini kekuatan.. kerana diri ini sangat lemah.. tidak layak mengharapkan segalanya yang terbaik dariMu..tapi ingin terus mengejar cintaMu..izinkan daku... :(
Alhamdulillah..10/11 meningkat umurku. 20. di tempat baru, suasana baru. lain dari sebelmnya, sangat berbeza. Olomouc, Czech Republic. ya Allah! aku memang tidak pernah impikan untuk sampai ke sini. tapi dengan kehendakNya, aku pergi ke sini. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ya Allah..dengan rahmatMu, aku dapat mengenalMu dengan lebih dekat.
aku dapat merasa nikmat saljimu dengan tangan yang Kau kurniakan ini ya Allah..
Aku dapat melihat bagaimana Kau mempelbagaikan kejadian manusia itu..
Subhanallah..
Kalau ditanya, apa yang best blaja oversea, apa beza ngan belajar Malaysia, tidak lain hanyalah nikmat Allah itu dapat dirasa dalam keadaan yang berbeza..tidak kira sama ada yang di Malaysia atau oversea, Allah tidak melihat itu.. tapi Dia melihat pada hati-hati kamu..
Tak terkira banyaknya nikmatNya yang Dia kurniakan,
Tak terhitung betapa besarnya kuasaNya,
Semuanya hanyalah dari Dia..
Dia menentukan segalanya untukku dan untukmu rakan-rakanku :)..
tapi diri ini sering terlupa.. sering terjatuh..
tapi ya Allah, moga diri ini terus kuat dan bangkit!
kerana Allah sentiasa merindukan kita. kerana Allah sentiasa bersama kita. kerana Allah sentiasa melihat kita. kerana Allah sentiasa mendengar rintihan hati ini.
kerana Dialah segala-galanya..
sejauh mana jiwa itu pergi dari asalnya,
ia pasti akan merindukan kembali Penciptanya..
moga 6tahun seterusnya membawa aku lebih dekat denganNya,
menetapkan imanku padaNya,
membuatkan aku lebih bersyukur padaNya..
inshaAllah
^_^
nurulainzakaria,
1st yr medicine,
Palacky University,
Olomouc, Czech Republic

Monday, July 5, 2010
macam-macam rasa @___@
"CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku;cintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturrahim kerana Aku;cintaKu mesti bagi orang-orang yang menasihati kerana Aku;cintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku;cintaKu mesti bagi orang yang saling memberi kerana Aku."~Hadis Qudsi~
"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepadaAllah,niscaya Allah akan mencukupkan(keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"
~At-Talaq : 3~
Saturday, May 29, 2010
meow meow pon sayang anak kan?
Assalamualaikum. Arini saje2 nak meluahkan perasaan dalaman atau monolog dalaman yang memang dah lama terpendam dan tersimpan. Maaf, tapi harap tak menyinggung mana-mana pihak. Ini cumalah sekadar monolog dalaman yang ditintakan. =) Hah malam tadik tengo astro awani, dengar pasal seorang budak perempuan yang dikenakan hukuman penjara atas kesalahan membuang bayi. Ohh tergamam. Tatahu nak cakap ape. Hm mungkin ade sesetengah pihak akan cakap, ohh padan muka. Tulah sapa suruh buang anak. Berani buat beranilah tanggung. Mungkin itu andaian sesetengah pihak. Maaf jika tak betoi. Tapi mungkin separuh akan cakap. Eh kesian budak ni. Yelah kes dua tahun lepas dibuka semula dan baru dikenakan hukuman. Kesianlah, buatnya budak tu tengah belajar ke, ape ke, kesian kena terhenti camtu je. Itu mungkin andaian setengah pihak.
Tapi bukan itu yang saye nampak. Saye nampak semakin teruk masalah umat. Semakin teruk masalah dalam masyarakat kita ni. Semakin berbisa, sampaikan saye rasa takut sendirik. Tapi tatahu nak takut apa. Huhu. Yelah, bila hal camtu berlaku mungkin ada orang yang menyalahkan ibu bapa budak perempuan itu, tapi mungkin ada juga yang memaki hamun remaja itu, dan ada juga yang mengkeji si lelaki. dan munkin ada juga yang nk cakap, ‘alah, da takdir, nak wat camna, da tertulis keadaan akan jadik camtuh’. Ohhh bolehh pulop? Kalau boleh, tiap ari macam dah diwajibkan, setiap rancangan berita mahupun surat khabar mesti siarkan kes buang bayi. Sebabnya, tiap2 hari ada jek menda macam tuh jadik. Bayi dijumpai di tengah masjid lah, tengah jalan lah, mana2 je macam ade je bayi. Sampaikan kalau dikumpul bayi2 yang dijumpai tuh, da boleh buat macam jumlah pelajar universiti ramainya. Dalam hal camni, tak leyh nak blame dat gurl seratus pratus. Sebab mungkin dia tak ada ilmu dalam hal cmtuh, n mungkin dia terjerat dengan cinta (wah ayat) mungkin jugak dia dirogol, mungkin dia apa2 ja. Huhhhh. Pokoknya kita jangan lah terlalu bertindak serkap jarang dan cuma tahu menyalahkan orang.
Tapi kalau kita teliti, masyarakat sudah terbiasa dengan ‘mengubati’ daripada ‘mencegah’. Alah bak peribahasa, sudah terhantuk baru nak terngadah. Kadang2 kita kena teliti apa masalah sebenarnya yang mendorong kebejatan sosial (ayat cikgu raja hasni) ni berlaku. Mungkin kita terlalu nak mencapai economic growth, sampaikan seperti terlupa sekejap economic development. Mungkin kita asek terpaku dengan $$$$$$$ dan terlupa pulak nak terpaku dengan hubungan kekeluargaan. Saya sangat percaya, hubungan kekeluargaan menentukan sikap masyarakat. Sebab, sejak seorang bayi dilahirkan, guru pertama adalah suasana di rumahnya sendiri. Kadang-kadang pelik, banyaknya ‘kursus pelajar cemerlang’, ‘kursus kepemimpinan’ , ‘kursus pekerja berwibawa’ macam-macam kursus ada untuk memastikan kecemerlangan. Tapi, kenapa kurang sangat HAPPY FAMILY COURSE, KURSUS IBU BAPA TERHEBAT, KURSUS KELUARGA CEMERLANG. Hah ade la tuh nak cakap, ish ape pulak nih masalah anak2 nak salahkan ibu bapa pulop. Oke mintak maaf bukanlah nak memerli ibu bapa. Tapi rasanya ibu bapa sangat perlukan pengetahuan yang mendalam untuk mencorakkan anak-anak. Mungkin ade yang cakpa, alah ibu bapa perfect mana pon, terpulang pada anak tu jugak nak jadik hape. Oke itu betoi. Tapi, sekurang2nya kita dapat teliti masalah yang mungkin ibu bapa terbuat tanpa disedari, dan akhirnya boleh menyebabkan masalah sosial. (oke bukan kita,sebab saya bukan ibu atau bapa lagi)
Dan mungkin juga ada ibu bapa yang berkahwin awal, maka perlukan labih parental knowledge. Hah ade pulop yang cakap, sape suh kawen awal. Btol, tapi macamlah kawen pada umur yang sepatutnya dapat mendidik keluarga dengan cara terhebat? Aishhh manusia penuh dengan alasan kan. Pokoknya pemikiran perlu lebih matang sebelum nak ada keluarga. Persiapan perlu dilakukan sebaiknya. Perlu ada kefahaman yang mendalam dalam semua aspek. Bukan pakai redah je.
Apa yang saya lihat, masalah sosial sangat banyak bila manusia itu dikaburi dengan $$$$$, sampai terlupa nak berikan air tangan sendiri untuk anak-anak. Ohh maaf jika ade tersinggung pihak ibu bapa. Mungkin ada yang cakap, sibuk bekerja, tapi, anak anak dalam peringkat remaja sangat perlukan perhatian. Sebab remaja itu jiwanya dibiarkan kosong, agar dapat dia sendiri pilih bagaimana corak hidupnya selepas itu. Jadi remaja sangat perlukan guidance untuk memilih jalan kami. Mungkin ada yang cakap, alah boleh pilih jalan snirik, tapi still hubungan kekeluargaan satu elemen sangat penting dalam pembentukan masyarakat cemerlang. Bukanlah nak cakap $$$ tak penting, tapi janganlah sampai kita bertuhankan $$$$ dan lupakan ukhuwah kekeluargaan dan ketepikan hukum Allah.
Mungkin pelik kenapa saya tiba-tiba nak tulis macamnih, ade cakap ain dah nak kawen ke hapa. Ke ain salah seorang pembuang bayi? Ohhh tidaaakkkk!!!! tapi malam tadi lepas tengok berita tuh, rasa terpanggil sangat nak tulis camni, tah tiba-tiba. Mungkin sebab masalah sosial ni dalam kalangan remaja, dan saye pon sebagai remaja, yang satu hari insyaAllah bakal ibu juga nak semua dapat membuka mata masing-masing. Jangan kita terlalu sibuk dengan hal sendiri dan tak nak ambil peduli pun masalah remaja kita sendiri, kawan-kawan kita.
Buat kawan-kawan dan semua remaja dan saya sendiri. Alam remaja cuma sekali. Dan alam remaja jugalah yang mampu menentukan kehidupan kita seterusnya. Jage diri jaga hati jaga iman, insyaAllah hidup diberkati Allah dan mintak-mintak dijauhi denan perkara mungkar. sama-sama kita jaga hubungan dengan Allah dan keluarga. Bagi ex KMB 08 hah jaga diri leklok. Cuti ni kena dimanfaatkan sebaiknya! Yuhuuuu! kaum remaja termasuk saya, sila jaga diri leklok supaya tadak baby dibuang sana siniiii.
Ohh suratkabar tadik cakap da dapat tangkap budak umur 17tahun yang masih bersekolah yang tanam bayi kat stesen komuter. Tapi, satu penangkapan boleh buat kes buang anak berkurang tak? Huhhuhuu~
Suka surah Al-Anfal, bila Allah mengingatkan kita supaya menyiapkan diri dengan tiga persiapan penting,
IMAN, MATERIAL dan UKHUWAH.
SELAMAT BERBIRO TATA NEGARA =) ohhh saye perlu ke Kuala Kangsar untuk berBTN. huuuuu.
Luahan yang mungkin memboringkan. Huhuhu. Maaf.
suka kata-kata mak, rumah kata pergi, kubur kata mari. huhuhuSaturday, May 22, 2010
=) alhamdulillah
satu cabaran baru.
satu pemandangan baru.
dan insyaAllah satu harapan baru.
semua orang da buat yang terbaik untuk exam IB, sekarang urusan Allah untuk berikan keputusannya. bismillahitawakkaltu'alallah =) sama-sama kita doakan yang terbaik untuk semua orang.
dan buat rakan2 dan diri sendirikkk, sama-sama kita kuatkan diri di rumah! kat KMB, jiwa dah dididik untuk solat tepat pada waktunya, tapi jangan biarkan didikan tu hanya di KMB saja insyaAllah. Allah tidak hanya melihat kita sewaktu kita di KMB kan, tapi waktu kita kat rumah jugak. =)
yeaaahhhh nak tengok duniaa luarrrr =) akhirnya.
hehhee. jadi esok insyaAllah bakal berjalan2 dengan umi. yipiiii. n jumaat ni, ke kedah insyaAllah! =)
jom jom jom sama2 kita kurus2kan badan semulaaaa. hahaha. okeh kes tu untuk saya seoranggggg. huuuuuuu. =l wasalam.
Sunday, March 21, 2010
Ku Mahu Berjaya = KMB
selamat berjuang IB exam ye kawan2. (◕‿◕✿) all the best.
doakan kejayaan kami pelajar KMB yang bakal menempuh IB exam di Hall serbaguna KMB itu. ohh satu perlian ke hape tuh. dan bakal menamatkan 2tahun International Baccalaureate kami.
yeaahhhhh. selepas 2tahun. dari umur 18tahun yang masih penuh dengan ketidakmatangan itu, akhirnya akan keluar dengan separuh matang. okay la tuh. :p waaahh hidup di KMB. 2tahun kita bersama. aku pasti rindu engkau lah KMB. sekejapnya masa berlalu. aku cinta kau KMB. 2tahun. akhirnya kita akan berpisah. selamat tinggal. dari dulu lagi aku memang nak sangat berpisah dengan kau. akhirnya, dapat juga kita berpisah 44 hari lagi. tapi semoga aku tak lupakan ape aku da blaja daripada kau ohh KMB.
mari bersama hidup dengan penuh kegembiraan selepas ini. selamat ber-IRP ye kawan2. usaha sungguh-sungguh, tawakkal juga sungguh-sungguh.
sebab Allah cakap,
"dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sunnguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"suka bila Allah cakap, Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. maksudnya, kita pon mesti laksanakan urusan kita dulu, iaitu berusaha, dan selepas itu, berserah kepada Allah sepenuh hati. ohh alangkah indahnya kalau kita dapat rasa nikmat tawakkal tu. tapi kalau nak rasa, kenalah betul2 bertawakkal dulu. kan kan. okeh, selamat berusaha. untuk aku jugak, jangan buang masa! berusaha hingga ke akhir! insyaAllah. selamat tinggal kawan kawan di alam maya untuk 44 hari. kita jumpa lagi nanti. ohh nak jumpa baby sekejap. yuhuuuu.
~surah At-Talaq : 03
assalamualaikum ;)
Friday, March 19, 2010
waduuhh. cuak sangat. ohh tolong doakan lidahku tak terkelu nanti. saye dah la pendiam. kan kan. huhu. takut je nanti depan interviewer jadik pendiam jugak. c'mon ain! boleh boleh!
nurul ain, gudlak! jangan meloyar buruk depan interviewer! huhuhuhu. baiklah.
huit huit huit IB exam da dekat. sangat. tersangat. amat. revise betol2! jangan main-main.
ni asek bela baby kat FB. huhu. stress telah membuatkan aku adopt baby di Facebook. yooooo sangat seronok. baby yang cuma tahu sebut 'babaaahhh, mommy, daddy' dan pekataan2 cumel membuatkan stress hilang seketika, tapi mase tetap takkan berenti sekejap untuk aku membela bayi. hohhhh jangan buang masa!
jom prepare ntuk intbiu! help me.
huwaaa' oh ya, baby di Facebook bernama NINI ;) ala2 DIDI. harap tak nakal seperti didi, tapi comel saja seperti dia. heee~
Tuesday, March 16, 2010
'ain sihat tak?'
ohh mungkin boleyh cakap ape2 je, sebab boleh rasa sendirik kalau2 suhu naik atau rasa sengal2 badan
tapi kalau tanya hati sihat tak,
hmmm susahnya nak jawab sebab tak dapat nak make sure hati sangat sihat atau kurang sihat atau tidak sihat ;(
bimbangnya
kalau demam boleh gi klinik, dapat ubat, makan, n insyaAllah pastuh sakit kurang dengan izin Allah
tapi kalau hati tasehat?
risauuunya,
sebab hati yang kurang sihat atau tidak sihat boleh affect ibadah pada Allah
hmmm terlalu banyak perkara boleh buat hati tasehat
ohh hatiku, ape kabar awak arini? ;(
saye nak awak sihat selalu,
jadik awak kena tolong selalu pastikan saye tak terikut hasutan musuh awak ye
kalau saye tanye awak, ok ke buat mende nih,
kalau awak sihat, awak akan dapat bagik saye jawapan yang baik,
dengan sebab musababnya sekali kan
saye harap awak sihat slalu ye, cik hati
insyaAllah
saye sayangkan hati saye
"di dalam tubuh manusia, ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan pada diri itu, tapi jika tidak baik daging itu, maka tidak baiklah keseluruhan pada diri itu. Dan ketahuilah seketul daging itu ialah hati"
p/s : saye tadak kedit sekarang untuk reply msg. maaf ye!

